Peraturan peraturan ini dikenakan ke atas semua pos di dalam forum (tiada pengecualian). Sila periksa inbox setiap hari kerana ahli staf www.travian.com.my biasanya berkomunikasi melalui PM.



Gunakan fungsi carian sebelum bertanya soalan atau pos thread yang mungkin telah ditanya atau di pos.



§1 Dengan menggunakan forum, saya telah menerima peraturan yang telah ditetapkan.



Semua ahli staff termasuk dan tidak hanya Sokongan, Moderator, Pengurus Komuniti dan Multihunter dari www.travian.com.my yang tersenarai di sini boleh mengurus forum. Forum terbuka untuk semua pemain secara percuma dan boleh digunakan untuk berkomunikasi seperti yang dibenarkan oleh peraturan forum. Dengan mendaftar, semua pengguna bersetuju dengan syarat dan dikehendaki mematuhinya.



§1a Menukar ketetapan peraturan forum



Ahli staf www.travian.com.my berhak menukar sebarang ketetapan peraturan forum mengikut kesesuaian pada bila bila masa tanpa sebarang notis dan/atau pengiklanan istimewa. Mana mana pengguna yang tidak bersetuju dengan perubahan boleh meninggalkan forum atau/dan meminta akaun forumnya dipadam.



§2 Ahli staf



Ahli staf www.travian.com.my bertanggung jawab untuk memastikan forum bersih dari kandungan yang mencemarkan di samping memastikan kesopanan dan sikap berbaik baik dikekalkan. Pertikaian dengan ahli staf perlu diselesaikan di mesej persendirian dengan cara bersopan dan beretika. Bagi kes pertikaian yang gagal diselesaikan dengan cara tersebut, pengguna dan/atau ahli staf perlu memajukan permasalahan mereka kepada admin@travian.com.my.



Ahli staf tidak dikehendaki untuk menjawab soalan di thread dan juga mesej persendirian, ini dilakukan secara sukarela.



Aduan terhadap ahli staf perlu dihantar melalui email ke admin@travian.com.my, perbinacangan berkenaan aduan di forum adalah dilarang.



§3 Pengguna forum



Setiap pengguna hanya boleh mempunyai 1 akaun sahaja. Membuat atau mempunyai lebih akaun hanya dibenarkan dengan berdasarkan 1 forum akaun untuk 1 dunia permainan. Ahli staff berhak memadam atau menyah aktifkan akaun yang dianggap multi akaun, jika mereka rasa perlu. Keperluan adalah berdasarkan kepada penggunaan statistik akaun forum yang disyaki dan jenis penggunaan akaun yang dimasuki empunya.



Mana mana akaun yang melanggar ketetapan peraturan forum boleh dilarang, dipadam, dinyah aktif atau dihukum oleh ahli staff bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan. Pengharaman, pemadaman, nyah aktif dan hukuman boleh dipanjangkan ke akaun lain yang dipunyai oleh pengguna yang terlibat jika perlu.



Membuat akaun baru bagi mengelakkan pengharaman, pemadaman, nyah aktif dan hukuman adalah melanggar peraturan dan akan dihukum dengan pemadaman akaun tersebut.



§4 Etika - informasi umum



Forum digunakan oleh pemain untuk bertukar pandangan dan membantu satu sama lain dan semua pengguna harus berasa selesa di sini. Oleh itu, kesopanan dan hormat menghormati amat diperlukan di setiap masa. Cercaan dan penghinaan tidak dibenarkan sama sekali dan akan dihukum. Penggunaan warna yang berlebihan, tulisan huruf besar dan jarak antara perkataan juga tidak dibenarkan.



Mana mana sambungan atau pos yang mengandungi sesuatu yang melanggar ketetapan peraturan forum adalah tidak dibenarkan dan akan dialihkan oleh ahli staf.



§4a Etika



1. Kelakuan berikut akan dihukum dan tertakluk kepada semua pos, tajuk dan kawasan lain yang boleh dimasuki pengguna: Penglibatan dalam penggunaan kata kata kesat, umpat atau fitnah, seksis, mengutuk mana mana bangsa, agama, negara, jantina, umur atau kecenderungan seksual dan mengugut seseorang di dunia sebenar.



Pos atau menyiarkan apa jua bahan yang tidak sesuai untuk pengguna bawah umur atau melanggar apa apa yang tertakluk sebagai peraturan tempatan, wilayah, negara atau antarabangsa termasuk pernyataan seksual, haram, imej tidak sopan dan lucah, bahan bahan mahupun pautan. Peraturan Persekutuan German dijadikan sebagai rujukan.



Memeras ugut dalam bentuk pelanggaran mana mana peraturan Travian (peraturan permainan atau forum) dalam T&C masing masing.



Memaparkan koordinat, nama kampung, nama pemain atau apa apa identiti yang berkaitan dengan laporan peperangan kecuali atas kebenaran kedua dua pemain yang terlibat.



2. Penyamaran sebagai pegawai rasmi atau posisi pegawai rasmi termasuk dan tidak hanya Pengurus Komuniti, Multihunter, Moderator dan Penyokong adalah tidak dibenarkan sama sekali.



3. Apa apa pengiklanan yang tidak mendapat kebenaran Pasukan Travian adalah tidak dibernarkan.



4. Hanya bahasa Malaysia dan Inggeris dibenarkan di dalam forum. Sebagai tambahan, pengguna harus memastikan pos boleh difahami dan tersusun.



5. Gambar tidak boleh melebihi saiz 640x640 pixels jika diletak secara terus di pos. Kandungan gambar terikat pada peraturan §4a.1. Mana mana gambar yang melanggar peraturan forum, sama ada disertakan atau sekadar pautan akan dibuang dan pengguna yang menghantar pos tersebut akan dihukum oleh ahli staf.



6. Mana mana laporan berkenaan pelanggaran peraturan forum mestilah dibuat dengan fungsi yang disediakan di dalam forum tersebut dan tidak di hantar sebagai threads. Tiada tolak ansur bagi "timbalan" oleh ahli staf.



7. Pautan yang tidak berkaitan tidak dibenarkan dan akan dibuang oleh ahli staf.



§5 Pelbagai



1. Ahli staf dibenarkan memindah thread ke forum lain tanpa meninggalkan topik bayang atau notis di forum asal.



2. Sebelum anda pos thread, sila pastikan anda berada di forum yang betul. Jika tidak, thread tersebut akan ditutup atau dipindahkan. Hanya pemula topik boleh meminta thread ditutup, disunting, dipadam atau dipindahkan.



Pos topik di beberapa forum (”crossposting”) adalah tidak dibenarkan, kecuali pengumuman oleh ahli staf www.travian.com.my. Pos pos tersebut akan dipadam dan pengguna akan diberi amaran jika perlu. Begitu juga bagi topik dengan kandungan yang sama.



3. Kandungan Mesej Persendirian (PMs), Mesej Dalam Permainan (IGMs) and lain lain perbualan persendirian (ICQ, AIM,…) tidak boleh di hantar di forum tanpa kebenaran penulis tersebut. Peraturan hakcipta Federal Republic of Germany digunapakai di keseluruhan forum.



4. Pengguna dibolehkan menyunting pos mereka bagi mengelakkan pos berganda.



§6 Pengurus Komuniti dan ahli staf www.travian.com.my dan forumnya berhak memadam mesej, pos dan thread peribadi tanpa sebarang sebab.