Results 1 to 4 of 4

Thread: Travian T3.5

1. #1
Community Manager AdaM's Avatar
Join Date
Oct 2008
Posts
380

Default Travian T3.5

Kepada pemain,

Pihak Travian ingin mengumumkan versi terbaru Permainan Travian iaitu Travian T3.5. Versi ini hanya akan dikemaskinikan untuk dunia Travian yang bermula pada tahun 2009. Bagi server MY, hanya s3.travian.com.my akan dikemaskinikan.

Ia dijangka akan dikemaskini pada bulan Mac.

Antara yang terbaru dalam Travian T3.5 adalah seperti berikut:

- Penambahan jenis bangunan.

- Artifak kini boleh didapati bagi memberi bonus tertentu (bukan hanya Pelan Pembangunan Kuno)

- Kombinasi lapangan sumber yang baru.

-Ikon atau butang baru.

-Peta yang lebih baik.

Sebarang informasi tambahan berkenaan T3.5 akan di pos di sini.

Terima Kasih
AdaM
MY AdmiN

2. #2
Community Manager AdaM's Avatar
Join Date
Oct 2008
Posts
380

Default Kombinasi Baru

Berikut adalah tambahan pada kombinasi lapangan sumber:

3-4-4-7

3-5-4-6

4-3-4-7

4-3-5-6

4-4-3-7

5-4-3-6

3. #3
Community Manager AdaM's Avatar
Join Date
Oct 2008
Posts
380

Default Artifak dan Peta

Berikut adalah Artifak yang akan muncul dipertengahan permainan:

*Bangunan yang lebih kuat
*Menjadikan askar lebih laju
*Artifak untuk mengintip
*Mengurangkan penyelenggaraan askar
*Menunjukkan jenis askar yang sedang dalam perjalanan ke kampung anda
*Mengurangkan masa latihan askar.
*Pelan pembinaan untuk Gudang Besar dan Jelapang Besar.
*Gua Besar

Kelebihan artifak memberikan kesan yang berbeza beza (i.e melibatkan seluruh akaun atau cuma kampung yang mendapat artifak)

Sebagai tambahan, kami akan menampilkan Peta yang lebih baik. Cthnya, kampung yang anda serang akan dilengkapkan dengan penunjuk arah askar. Dengan itu anda boleh melihat pada peta arah tuju askar anda. Anak panah pada keyboard juga boleh digunakan bagi mempercepatkan anda melihat Peta.

4. #4
Community Manager AdaM's Avatar
Join Date
Oct 2008
Posts
380

Default

Terdapat 3 bangunan baru di T3.5 iaitu Palung Kuda, Kilang Bir dan Pemerangkap. Pemerangkap bukanlah baru, tetapi ia telah dikemaskini.

Palung Kuda

Kegunaan Palung Kuda?

Palung kuda mempercepatkan proses latihan bagi unit unit berkuda dan mengurangkan penggunaan tanaman bagi unit tersebut.

Penerangan lanjut:

* Hanya boleh dibina puak Rom.
* Mempercepatkan proses melatih askar berkuda pada 1% setiap tahap.
* Mengurangkan penggunaan tanaman (penyelenggaraan) bagi semua unit berkuda di dalam
kampung tersebut.
* Kesatria Diplomatik menggunakan kurang 1 tanaman pada tahap 10.
* Kesatria Empayar menggunakan kurang 1 tanaman pada tahap 15.
* Kesatria Jeneral menggunakan kurang 1 tanaman pada tahap 20.
* Tahap maksimum adalah tahap 20.

Keperluan

* Kandang kuda tahap 20.
* Titik perhimpunan tahap 10.

Kos dan masa pembinaan:

* Tahap 1: 780 Kayu, 420 Tanah Liat, 660 Besi, 540 Tanaman ➜ Masa Pembinaan: 0:36:40 jam
* Tahap 20: 84935 Kayu, 45735 Tanah Liat, 71870 Besi, 58800 Tanaman ➜ Masa Pembinaan: 26:41:10 jam

Kilang Bir

Dikenali sebagai puak yang paling aggresif, Kilang bir dan Perayaan Wain menjadikan puak teuton lebih bersemangat dalam peperangan seterusnya meningkat tahap serangannya.

Penerangan lanjut.

* Bonus serangan +1% bagi setiap tahap ketika perayaan sedang diadakan.A
* Ketika perayaan, kebolehan Penghulu untuk menurunkan kesetiaan akan turun sebanyak 50% dan tarbil hanya
boleh menyerang secara rawak. Bangunan ini hanya boleh dibina di ibu kota tetapi memberi kesan pada semua kampung.
* Bangunan ini hanya boleh dibina Puak Teuton
* Tahap maksimum adalah 10

Keperluan

* Jelapang tahap 20
* Titik perhimpunan tahap 10

Kos dan masa pembinaan:

1. Kilang Bir

* Tahap 1: 1460 Kayu, 930 Tanah Liat, 1250 Besi, 1740 Tanaman ➜ Masa pembinaan: 2:13:20 jam
* Tahap 10: 30165 Kayu, 19215 Tanah Liat, 25825 Besi, 35950 Tanaman ➜ n: 11:22:10 jam

2. Perayaan Wain

* 3870 Kayu, 1680 Tanah Liat, 215 Besi, 10900 Tanaman ➜ Masa pembinaan: 72:00:00 jam

Pemerangkap

Pemerangkap yang telah dikemaskini memboleh 400 perangkap disediakan berbanding 200 pada tahap 20 sebelum ini. Jika pemain melepaskan askar, semua perangkap akan diperbaiki.

Ciri ciri

* Boleh menyediakan sehingga 400 perangkap pada tahap 20.
* Masa pembinaan dan pembaikan untuk perangkap digandakan dari sebelum ini.
* Semua perangkap akan diperbaiki jika pemilik perangkap melepaskan askar.
* Hanya 1 pemerangkap dalam 1 kampung

Bookmarks

Posting Permissions

• You may not post new threads
• You may not post replies
• You may not post attachments
• You may not edit your posts