Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 14

Thread: Soalan Lazim / Umum [FAQ]

  1. #1

    Thumbs up Soalan Lazim / Umum [FAQ]

    Ruangan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada kumpulan Sokongan. Ia juga boleh dijadikan panduan kepada pemain - pemain. Jangan ajukan sebarang soalan di sini. Terima Kasih.


    Di mana letaknya Titik Perhimpunan?

    Titik Perhimpunan boleh dibina di kawasan berbentuk C terbalik, di sebelah kanan pusat kampung anda. Anda tidak perlu bangunan lain untuk membina Titik Perhimpunan.




    Bagaimana saya boleh membuat Askar?


    Anda boleh membuat askar di Berek. Informasi berkenaan askar boleh didapati di laman berikut :
    http://help.travian.com/index.php?ty...&mod=332&s=300

    Yang Benar,

    Sokongan Travian
    AdaM



    Bagaimana saya boleh menyerang pemain?

    Jika anda mahu menyerang kampung, masuk ke Peta dan pilih sasaran yang sesuai. “Sasaran yang sesuai” bermaksud kampung kampung yang dirasakan masih belum ada tentera.

    Untuk menyerang, anda memerlukan askar askar. Jika tiada, anda boleh melatihnya di Berek. Info berkenaan Berek :
    http://help.travian.com/index.php?ty...&mod=332&s=300



    Bagaimana hendak memadam akaun saya?

    Untuk memadam akau anda:To delete your account:

    - Masuk ke Profail pemain (sebelah kiri menu) -

    -Masuk akaun -

    -Isikan kata laluan dan kilk “Ya”-

    Jika anda memadam akaun disebabkan diserang, kami mengucap semoga berjaya di server yang lain.



    Apa perbezaan antara serangan Normal dan Serbuan?

    Untuk serangan Normal, penyerang dan pembela akan menentang sehingga satu pihak sahaja yang hidup. Dalam mod ini, tarbil boleh menembak, kereta pelantak boleh memusnah, perangkap boleh dihapuskan dan kampung boleh dijajah oleh Senator/Pemimpin/Penghulu.

    Bagi Serbuan, penyerang masuk, dapatkan sumber dan lari. Pembela mungkin berjaya membunuh sebilangan penyerang dan begitu juga sebaliknya.

    Dalam kedua dua mod, penyerang yang pulang akan membawa bersama sumber sebanyak yang boleh.





    Terima kasih kepada monkey7 yang menyediakan jawapan jawapan di atas.
    Last edited by Sokongan; 04-07-2009 at 07:21 PM.

  2. #2

    Default

    Bagaimana Mengasaskan Kampung Baru?

    Anda memerlukan Residen atau Istana pada tahap 10 dan fungsi untuk membina Peneroka akan tersedia di dalam Residen atau Istana. 3 Peneroka diperlukan untuk mengasaskan satu kampung.

    Klik pada peta dan cari tapak yang bersesuaian untuk membina kampung baru. Klik pada tapak berkenaan dan fungsi "Asaskan Kampung Baru" tersedia.

    Peneroka memerlukan 750 setiap sumber dan mata budaya yang mencukupi untuk memulakan perjalanan. Klik disini untuk melihat keperluan Mata Budaya : http://help.travian.com/index.php?type=faq&mod=532

    Peneroka boleh dibina pada Residen Tahap 10 / 20 atau Istana Tahap 10 / 15 / 20 Sahaja.

    Sokongan

    Bagaimana untuk menjajah kampung pihak lawan?


    Kepada pemain,

    Anda memerlukan senator untuk menjajah kampung pihak lawan. Bagaimanapun, Ibu Kota pemain lain tidak boleh dijajah menggunakan senator. Senator mestilah terlibat menyerang kampung yang hendak di jajah. Senator akan mengurangkan kesetiaan kampung yang diserang dan apabila kesetiaan jatuh ke tahap 0 dan anda mempunyai mata budaya yang mencukupi, kampung tersebut akan bertukar menjadi milik penyerang. 1 senator diperlukan untuk menjajah dan senator akan lenyap setelah menjajah.

    Sokongan

    Macam mana nak buat peneroka atau senator?

    Peneroka atau Pemimpin boleh dibina pada Residen Tahap 10 / 20 atau Istana Tahap 10 / 15 / 20 Sahaja. Bagaimanapun, Pemimpin perlu di selidik di akademi tahap 20 sebelum boleh di bina. Jika anda telah melatih Peneroka pada Istana atau Residen tahap 10, anda perlu meningkatkan tahap Istana atau Residen tersebut kepada:

    Istana : Boleh melatih Peneroka / Pemimpin pada tahap 10/15/20

    Residen: Boleh melatih Peneroka / Pemimpin pada tahap 10/20

    Sokongan

    Kenapa Mata budaya saya sedikit?

    Kepada Pemain,

    Dengan meningkatkan bangunan anda, mata budaya akan bertambah dari masa ke semasa. Rujukan boleh dibuat di sini:
    http://help.travian.com/index.php?type=faq&mod=532

    Mata budaya juga boleh di hasilkan melalui Bangunan Dewan Perbandaran. Pada tahap 1 Dewan Perbandaraan, anda boleh menghasilkan 500 mata budaya dan pada tahap 10 sebanyak 2000 mata budaya boleh dihasilkan.

    Sokongan
    Last edited by Sokongan; 05-25-2009 at 04:46 PM.

  3. #3

    Default

    Bagaimana untuk menjual atau membeli sumber?

    Klik pada Pusat kampung anda dan pilih Pasar. Terdapat fungsi seperti berikut tersedia:

    Hantarkan sumber | Beli | Tawar | Perdagangan NPC

    Klik pada fungsi "Beli" untuk membeli sumber dari pemain lain dan "Jual" untuk menjual sumber anda. Anda memerlukan Pedagang untuk berjual beli dan tahap Pasar anda mewakili Jumlah Pedagang anda. Pastikan sumber anda mencukupi sebelum membeli atau menjual. Had jual beli tertakluk kepada jumlah Pedagang anda yang tersedia.

    Apakah fungsi - fungsi tersedia di Pasar?

    Fungsi - fungsi tersedia di Pasar adalah seperti berikut:

    Hantarkan sumber | Beli | Tawar | Perdagangan NPC

    1. Hantarkan sumber - Digunakan untuk menghantar sumber ke kampung yang dikehendaki. Masukkan koordinat atau nama kampung. Masukkan juga jumlah sumber yang dikehendaki dan klik OK. Klik OK semula untuk pengesahan.

    ** Jumlah sumber yang boleh dihantar hendaklah tidak melebihi jumlah Produksi Sumber anda sejam dan pengulangan penghantaran boleh dibuat semula dalam tempoh 24 jam selepas penghantaran sebelumnya.

    2. Beli - Di sini anda boleh membeli sumber dari pemain lain. Anda boleh menukarkan sumber anda pada kadar yang anda rasakan berpatutan.

    3. Tawar - Anda boleh menjual lebihan sumber anda dan ditukarkan kepada pemain yang berminat.

    4. Perdagangan NPC - Disini anda boleh menggunakan Emas anda untuk menukarkan sumber anda mengikut keperluan anda. Kadar tukaran adalah dalam nisbah 1:1 dan anda juga boleh membahagikan sumber anda sama rata pada kadar 3 emas setiap transaksi.
    Last edited by Sokongan; 04-07-2009 at 07:22 PM.

  4. #4

    Default

    Saya Mahu EMAS!!!

    Emas akan di beri apabila anda menghabiskan tugasan yang diberikan 20 emas akan dikreditkan ke akaun anda. Anda juga boleh mempromosikan Travian kepada rakan anda untuk menerima ganjaran emas. Klik pada "Travian Tambahan" di menu sebelah kiri anda dan pilih "Dapatkan emas".

    Sebaik saja seorang pemain anda jemput telah mencapai populasi 75 (Kepantasan normal) atau 250 (Kepantasan 3x), anda akan dikreditkan dengan 20 emas.


    Anda juga boleh membeli EMAS pada kadar yang berpatutan melalui link "Travian Tambahan". Klik pada pautan "Tarif" dan cara pembayaran serta kadar EMAS di sediakan.

    Sokongan

  5. #5

    Default

    Saya selalu diserang, apa perlu saya lakukan?

    Kepada Pemain,

    Binakan Kubu sekurang - kurangnya pada tahap 5 dan naikkan tahap gua anda ke 10. Anda memerlukan lebih dari satu gua, simpan sumber anda dan biarkan tentera penyerang pulang dengan tangan kosong. Jika anda menganggotai mana - mana persekutuan, cuba minta pengasas persekutuan anda berbincang dengan penyerang atau menghantar askar bantuan mempertahankan kampung anda.

    Sokongan

  6. #6

    Default

    Bagaimanakah Ingin menyertai Persekutuan?

    Kepada Pemain,

    Anda memerlukan kedutaan pada tahap 1 dan jemputan dari pengasas persekutuan yang anda idamkan. Cuba mesej Pegawai Persekutuan terbabit dan memohon untuk menyertai mereka dan patuhi syarat yang ditetapkan. Anda juga boleh melayari forum Travian Travian di http://forum.travian.com.my/index.php dan membuat permohonan di ruangan yang disediakan

    Sokongan

    Bagaimana pula untuk mengasaskan Persekutuan?

    Kepada Pemain,

    Anda memerlukan kedutaan sekurang - kurang tahap 3. Fungsi mengasaskan persekutuan akan tersedia bila kedutaan anda mencapai tahap 3. Sekiranya anda adalah ahli persekutuan lain, anda dimestikan keluar dari persekutuan sedia ada untuk mengasaskan persekutuan anda sendiri. Setiap tahap kedutaan boleh memuatkan 3 orang pemain. Ini bermakna, Jika kedutaan anda pada tahap 5, seramai 15 pemain boleh menyertai anda, bagaimanapun jumlah jemputan tidak terhad.

    Sokongan

    Apa terjadi sekiranya kedutaan saya di tarbil?

    Kepada Pemain,

    Apabila kedutaan anda diserang dengan tarbil, Pemain dalam persekutuan anda tidak akan terkeluar secara automatik. Tetapi anda tidak boleh menambahkan bilangan pemain dan sekiranya pemain sedia ada keluar dari persekutuan anda, anda perlu menunggu kedutaan kembali ke tahap jumlah dibenarkan untuk menjemput pemain lain. Contohnya:

    Kedutaan Tahap 10
    Bilangan Pemain Maksimum = 30 orang

    Apabila kedutaan di tarbil dan jatuh ke tahap 8 (27 pemain), bilangan ahli masih 30 orang. Sekiranya 4 pemain anda keluar dari persekutuan anda, Tinggal 26 pemain. Anda hanya boleh menjemput seorang lagi pemain untuk melengkapkan ke jumlah 27 sahaja.

    Sokongan

  7. #7

    Default

    Bolehkah bangunan dimusnahkan jika kampung saya ada kedai tukang batu?

    Kepada Pemain,

    Semua bangunan dalam permainan Travian boleh dimusnahkan. Kedai Tukang Batu memperkuatkan asas binaan dan lebih sukar dimusnahkan oleh Tarbil. Jika kebiasaannya, 10 tarbil digunakan untuk menurunkan tahap bangunan dari 10 ke 9. Kini 15 - 20 Tarbil diperlukan bergantung kepada tahap Kedai Tukang Batu anda.

    Sokongan

  8. #8

    Default

    Apa itu Oasis?

    Kepada Pemain,
    Oasis yang belum dimiliki akan diduduki oleh Tentera Alam yang buas, Anda boleh menyerang oasis dengan tentera anda dan membawa pulang sumber di oasis (Maksima 400 setiap sumber) atau dengan Rumah agam wira tahap 10 dan serangan bersama wira, anda boleh menakluki oasis dan mendapatkan 25% tambahan sumber yang dimiliki oleh oasis ke kampung anda. Maklumat lanjut mengenai oasis boleh di layari di http://help.travian.com/index.php?type=faq&mod=556

    Anda boleh menakluk oasis di sekitar 7x7 peta kampung anda. Ketengahkan peta anda, dan lihat sekeliling kawasan peta, Anda perlu membawa wira anda ketika menjajah oasis dan apabila tiada lagi askar alam yang tinggal, oasis tersebut akan menjadi milik anda. Setiap Kampung anda hanya boleh menakluk 3 oasis sahaja iaitu pada Rumah Agam Wira tahap 10 / 15 dan 20.

    Sokongan
    Last edited by Sokongan; 05-01-2009 at 07:52 PM. Reason: add more info about oasis

  9. #9

    Default

    Bolehkah Ibu Kota dimusnahkan, Saya perlukan tapak tersebut?

    Kepada Pemain,

    Anda boleh menembak tarbil kepada ibukota pemain lain. Ibu kota boleh di tarbil sehingga 0. Jika pemain tersebut hanya mempunyai satu kampung sahaja. Tapak Ibu Kota beliau tidak boleh di ambil alih kecuali jika pemain tersebut memadamkan akaun.

    Walaubagaimanapun, Jika pemain mempunyai 2 atau lebih kampung dan tapak yang dikehendaki telah dijadikan ibu kota, anda boleh menembak tarbil ke kampung terbabit dan musnahkan hingga populasi 0 dan mengambil alih tapak yang dikehendaki itu. Ini telah dibukitikan boleh dan Ibu Kota pemain tersebut secara automatik akan berpindah semula ke kampung asal beliau.

    Sokongan

  10. #10

    Default

    apakah kelebihan wira?

    Kepada Pemain,

    Apabila anda mempunyai Rumah Agam Wira pada tahap 1, anda boleh melatih mana - mana tentera anda untuk menjadi wira kepada tentera lain.

    Wira boleh dihantar sebagai bantuan kepada mana - mana kampung. Seandainya anda menggunakan wira anda sebagai bantuan di kampung milik anda, wira boleh digunakan oleh kampung anda untuk menyerang atau menyerbu.

    Pada Ruma Agam Wira Tahap 10 bagi sesuatu Kampung, anda boleh menggunakan wira anda untuk menyerbu oasis yang terbiar bersama tentera anda dan menakluki oasis terbabit untuk memberi tambahan sumber kepada kampung yang menyerang oasis terbabit. Rujukan:

    http://help.travian.com/index.php?type=faq&mod=450

    Supporter

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •