Thread ini akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai emas/cara pembelian emas

Terdapat 5 pakej untuk pembelian Emas

Pakej A
30 Emas
1.99 USD (RM6.40)

Pakej B
100 Emas
4.99 USD (RM16.00)

Pakej C
250 Emas
9.99 USD (RM32.00)

Pakej D
600 Emas
19.99 USD (RM64.00)

SMS Emas
30 Emas
10.00 MYR (RM10.00)

Kadar tukaran USD/MYR ketika ini = USD1 = RM3.2

Cara membeli menggunakan:

1 - Kad Kredit

Pilih 'Bayar Melalui Kad Kredit', masukkan nama yang tertera pada kad, no kad, tarikh tamat dan kod sekuriti. Di ingatkan bahawa pembayaran melalui kad kredit mungkin akan mengalami kesulitan jika anda menggunakan kad debit. Merchant Travian juga tidak menerima semua kad yang di daftarkan di Malaysia. Anda akan menerima Emas anda serta merta. Kad anda akan dicaj dalam masa 24 jam.

2 - PayPal

Alternatif kepada Kad Kredit, jika anda masih ingin menggunakan kad kredit tapi tidak mahu mendedahkan maklumat anda. Sila daftar PayPal, dan 'attach' kad kredit anda pada akaun PayPal anda. Jika anda tidak mempunyai Kad Kredit tapi masih ingin menggunakan PayPal, pastikan akaun anda mempunyai Funds yang cukup

3 - Moneybookers

Satu lagi alternatif terhadap penggunaan Kad Kredit. Langkah2 adalah sama seperti PayPal tetapi moneybookers memerlukan pengesahan nombor telefon anda

4 - PayByCash

Konsep yang sama seperti MOLePoint. Anda harus membeli kredit PayByCash sebelum boleh membeli Emas. Anda boleh menggunakan MOLePoint untuk membeli kredit PayByCash. Sedikit caj tambahan dikenakan, dan anda harus mendaftar sebelum menggunakan perkhidmatan ini

5 - MOLePoint

Virtual Kredit yang popular di Malaysia. Atas keperihatinan pihak Travian diatas rungutan pemain yang mengadu kesusahan untuk membeli Emas menggunakan cara 1 - 4. Anda harus mendaftar akaun Mol sebelum boleh membeli emas. Isi akaun Mol anda dengan kredit yang secukupnya. Pengisian boleh dilakukan melalui banyak cara. Kad isi semula juga boleh didapati dengan meluas di Malaysia. Sedikit caj juga mungkin dikenakan.


SMS Emas

SMS Emas menggunakan sistem OneBip yang agar sukar difahami oleh pengguna baru. Anda dinasihatkan menggunakan MOLePoint kerana RM10 tidak termasuk caj tambahan telco dan lain lain


Sebarang pertanyaan anda boleh ajukan kepada plus@travian.com.my

Peringatan: Sebarang penipuan emas akan dikenakan tindakan keras, seperti larangan akaun serta merta tanpa ada peluang pembebasan.