Results 1 to 3 of 3

Thread: Penin dengan Multihunter

  1. #1

    Default Penin dengan Multihunter

    Kepada Admin Travian,


    Saya ingin membuat beberapa aduan tentang cara Multihunter bekerja. Antara adalah :


    Lambat untuk reply mesej

    Untuk pengetahuan pihak admin travian, akaun saya telah disekat pada 2 minggu yang lalu kerana pada akaun saya tidak meletakkan nama pengguna akaun lain yang mengguna komputer saya. Itu apa yang telah diberitahu dah saya telah mengakui sememangnya ada pemain lain yang menggunakan komputer saya. Tetai yang menjadi masalahnya adalah pada hari pertama akaun saya disekat saya telah memberi mesej kepada multihunter dan bertanyakan kepadanya mengapa dia menyekat akaun saya dah dia menjawab pada keesok harinya berkata saya tidak faham peraturan dan sila lihat peraturan. Setelah melihat peraturan saya sedar saya tidak meletakkan nama pemain lain dala profil saya dan saya telah menjawab mesej itu yang pemain lain telah menggunakan komputer saya. Dan seperti biasa multihunter akan menjawab pada keesokan harinya dah berkata saya masih lagi tidak faham tentang peraturan travian. Sudah saya nyatakan pada mesej sebelum itu dan membuat penerangan pada apa yang terjadi tetapi multihunter masih lagi menjawab dengan jawapan itu. Saya faham yang saya telah membuat kesilapan tentang peraturan itu tetapi yang membuat saya lagi tidak puas hati adalah multihunter masih lagi menyekat akaun saya padahal saya mmg tahu tiada gunanya saya membuat penerangan jika saya tau akaun saya masih lagi kena denda. maka seperti biasa akaun saya disekat. Saya telah menjawab pada multihunter untuk apa yang boleh saya lakukan sekarang. Seperti biasa pada kesesokkan harinya multihunter menjawab saya tidak faham dan akaun saya masih lagi disekat. Apa erti semua ini. Saya terpaksa bertanyakan pada kawan-kawan travian saya bagaimana untuk menjawa yang sebenarnya. Buat pengetahuan Admin Travian, selama 4 hari akaun saya telah disekat dan saya berasa amat rugi kerana saya adalah pemain yang menggunakan gold. Cuba Admin Travian bayangkan saya bukan beli gold guna air liur. Saya faham Multihunter hanya menjalankan tugas dia tetapi dia perlu ingat dia sebagai Multihunter dia juga memberi perkhidmatan kepada pemain jika ada apa-apa masalah. Sepanjang pengalaman saya multihunter akan membalas mesej saya sebanyak satu kala sehari sahaja. Saya rasa multihunter telah menggunakan kuasanya sewenang-wenangnya tanpa memikirkan opendapat orang lain. Cuma saya berharap jika ingin melantik multihunter cari la orang yang lebih berpengalaman dan lebih profesional agar apabila membuat keputusan itu tidak dipengaruhi oleh perasaan marah atau dendam.


    Akaun disekat


    Saya ingin bertanya kepada Admin Travian tentang jika berlakunya kejadian akaun disekat. Adalah kita dibolehkan untuk membuat justifikasi tentang kenapa berlaku kejadian tersebut. Pada pengalaman saya walaumacammana pun saya membuat penerangan, multihunter tidak akan menerima jawapan saya. Saya rasa seperti multihunter ini mempunya ego dia tersendiri kerana dia tidak mahu kita membuat justifikasi tetapi dia mahu kita meminta maaf atas sebab kesalahan tersebut. Jika jawapan yang kita beri tidak menyatakan yang kita meminta maaf pada multihunter maka alamatnya kena sekat lagi la akaun kita. Macam ini ke cara multihunter menangani pemain yang mempunyai masalah. Untuk pengetahuan Admin Travian, bukan semua pemain travian ini faham tentang peraturan travian ini. Cuba bayangkan kita membaca buku undang-undang adakah kita akan faham seratus peratus. Saya akui ada sesetengah pemain memang sengaja melanggar peraturan travian dengan niat jahat tetapi saya ingin tekankan bukan semua pemain seperti itu. Saya ingin bertanya Admin Travian jika kita baca satu-satu peraturan travian adakah pemahaman itu sama dengan orang yang membuat peraturan tersebut. Sememangnya tidak. Di sini datangnya multihunter untuk menerangkan peraturan tersebut. Jika kita tidak dibenarkan untuk membuat justifikasi saya cadangan untuk terus menyekat akaun mengikut kesalahan dan terus didenda. Tiada guna untuk membuat justifikasi pada multihunter sebab kita akan didenda juga akhirnya. Bukannya dengan membuat justifikasi itu boleh mengelak dari di denda.


    Akhir kata saya memohon maaf jika ada tersalah kata atau tersinggung dihati semoga kita anggap semua ini boleh membantu kita memajukan lagi diri kita.


    Salam

    Hamba yang hina


  2. #2

    Default

    ade betul gak kate si gonzalez nie..kalau cam ne pun alasan diberi tp berakhir dgn band baik...band terus....hurm

  3. #3
    Askar Picisan™ Sanji's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    New World
    Posts
    1,050


    "Never trust someone with mask"

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •