Page 1 of 4 123 ... LastLast
Results 1 to 10 of 32

Thread: Perubahan permainan!!

  1. #1
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default Perubahan permainan!!

    Kekangan dalam pemindahan sumber akan dibuat secara automatik berdasarkan pada perhubungan atau kaitan antara akaun akaun yang terlibat.

    Jenis kaitan.

    1. Akaun terlibat tidak berkongsi komputer atau talian (IP). (K1)
    2. Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi talian (IP) atau menjadi penjaga. (K2)
    3. Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi pc atau akaun yang mana hanya penjaga yang memainkan akaun (tiada log masuk dari pemilik). (K3)

    Kaitan 1 (K1)

    1. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke akaun yang lebih besar (7 hari pendahuluan).
    2. boleh hantar 3 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil. (7 hari pendahuluan).
    3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 150% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (24 jam pendahuluan).
    4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 300% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (24 jam pendahuluan)
    5. boleh merompak pemain yang lebih besar tanpa had (no 2 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
    6. boleh merompak pemain yang lebih kecil tanpa had (no 1 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
    7. boleh menjajah kampung jika tidak menjadi penjaga dalam tempoh 14 hari sebelum dan kedua dua pemain tidak berada dalam persekutuan yang sama atau persekutuan yang bersekutu dalam tempoh 2 hari sebelum.



    Kaitan 2 (K2)

    1. boleh hantar 1 jam produksi sumber ke akaun yang lebih besar (3 hari pendahuluan) tetapi 0 jika populasi <50
    2. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil (3 hari pendahuluan) tetapi 0 jika populasi <50
    3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 125% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan)
    4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 150% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan).
    5. boleh merompak pemain yang lebih besar tanpa had (no 2 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
    6. merompak pemain yang lebih kecil dihadkan oleh no 1 (Penjelasan : jika populasi besar menyerang populasi kecil, maksimum hasil serbuan tidak akan melebihi dari 1 jam produksi sumber populasi kecil)
    7. boleh menjajah kampung jika tidak menjadi penjaga dalam tempoh 14 hari sebelum dan kedua dua pemain tidak berada dalam persekutuan yang sama atau persekutuan yang bersekutu dalam tempoh 2 hari sebelum.


    Kaitan 3 (K3)

    1. tidak boleh menghantar apa apa ke pemain yang lebih besar, pemain yang lebih besar perlu menghantar dahulu.
    2. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil (1 hari pendahuluan) tetapi 0 jika populasi <50
    3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 100% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (6 jam pendahuluan) .
    4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 100% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan)
    5. merompak pemain yang lebih besar dihadkan oleh no 2
    6. merompak pemain yang lebih kecil dihadkan oleh no 1
    7. tidak boleh saling menjajah.
    8. tidak boleh merompak jika ada menghantar sumber dalam tempoh 6 jam sebelum.


    Note: "x hari pendahuluan" bermaksud anda boleh menghantar dahulu sumber untuk beberapa hari akan datang. "boleh hantar 2 jam produksi sumber (7 hari pendahuluan) bermaksud anda boleh hantar sehingga 14 jam sumber sekali hantar, 6 hari berikutnya anda tidak dibenarkan membuat penghantaran.

    Produksi perjam
    Jumlah produksi di semua kampung bagi tanah liat, kayu, besi dan tanaman (jumlah produksi tanaman - populasi)
    Tambahan jumlah purata hasil bersih rompakan (hasil rompakan - hasil dirompak) dalam tempoh 7 hari.

    Kesimpulan: Produksi perjam = produksi bersih semua kampung/jam + purata hasil bersih rompakan/jam

    Pengecualian

    *Kampung WW boleh dibekalkan tanpa had.
    *Kampung WW boleh diserang atau dibantu tanpa had.
    *Kampung WW sentiasa boleh dijajah (tanpa mengira kaitan).
    *Kampung Artifak boleh dibekalkan dengan tanaman tanpa had.
    *Kampung Artifak sentiasa boleh dijajah (tanpa mengira kaitan)
    *Perdagangan di Pasar.: Jika keseimbangan perdagangan (tanpa rompakan atau hantaran) lebih rendah dari +-20% dan pemain dalam kategori K1, perdagangan di pasar akan sentiasa dibenarkan.

    Mungkin sesetengah pemain agak pening dengan penerangan ini, yang penting anda faham asas kemaskini ini iaitu pemindahan sumber akan dikenakan kekangan secara automatik. Dijangkakan kemaskini akan dibuat pada 16 Februari 2010. Jika terdapat sedikit gangguan pada talian, sila tunggu sebentar ^_^

  2. #2
    Lans Koperal
    Join Date
    Jan 2009
    Location
    Malaysia
    Posts
    34

    Default Kurang faham

    salam admin.
    kurang faham dgn peraturan baru.
    siapa yg terlibat dgn K1? dgn K2? dgn K3?

    siapa yg terlibat? xfhm langsung.

    dan satu lagi.

    tlg la letak firewall untuk spamming msg. saya rasa ramai da kne private msg n kne spamming msg nie.

    edited

    1. Sila rujuk jenis kaitan atau warna untuk faham siapa yang terlibat
    2. Sila laporkan ke Multihunter jika terdapat pemain yang menghantar spam.
    3. Ini bukan peraturan baru, tetapi perubahan permainan bagi mengekang mereka yang bermain multi akaun.
    4. Bagi mereka yang tidak faham, tolong beritahu bahagian mana yang tak faham. Kalau sekadar kata "saya tidak faham", sukar untuk kami beri penjelasan ^_^

  3. #3

    Cool

    Tak faham or buat2 tak faham. Kesimpulannya senang jer..

    SEMUA TRANSAKSI BAGI PEMINDAHAN SUMBER AKAN DIPANTAU SECARA AUTOMATIK OLEH SISTEM, DAN AKAN DIHALANG SECARA AUTOMATIK JIKA MELANGGAR PERATURAN PEMINDAHAN SUMBER. SEKIAN

    Pemain tak multi takkan terjejas.. so jangan pening2.. jika anda rasa anda tak melanggar peraturan.. abaikan notis diatas. Ini bagi mengekang kegiatan multi yang berleluasa sekarang ini.


  4. #4
    Koperal
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    BUTTERPeanut
    Posts
    77

    Default

    bagi yg main belakang router yg akan teruk terjejas mcm saya .......
    sama ip tapi dihalang dgn kekangan kaitan 3 ..asai pulak ye .... admin tlg check sama ade bug atau kesilapan yg ade pada program terbabit yg check ip ......


    p/s sy rase warna xperlu ade dlm post sbb ssh nak tgk perkataan dan ianya menyilaukan mata ...harap blh tukar warna tu ...
    My Life is only For MY SELF;

    FreeDom X DECADE ;

    Support Anti WAR

    FREEEDOOOMMMMMMMMMM>S>>>>>........................ .......

  5. #5

    Default

    Quote Originally Posted by matthew2324 View Post
    bagi yg main belakang router yg akan teruk terjejas mcm saya .......
    sama ip tapi dihalang dgn kekangan kaitan 3 ..asai pulak ye .... admin tlg check sama ade bug atau kesilapan yg ade pada program terbabit yg check ip ......


    p/s sy rase warna xperlu ade dlm post sbb ssh nak tgk perkataan dan ianya menyilaukan mata ...harap blh tukar warna tu ...
    Sistem boleh tau samada anda menggunakan Browser, PC atau IP yang sama. Sebenarnya sebelum ni pun MH boleh detect, tapi dek kerana terlalu banyak penafian, so benda ni diautomatikkan. so, MH tak perlu la balas macam2 kerenah seperti -> "itu akaun rakan pejabat saya" atau "saya hanya punyai satu akaun, yang lain-lain itu milik adik, abang, kakak, ayah dan ibu saya".. hehhe

    so mr matthew.. jgn risau kalau u tak main multi ok.. TQ

    Quote Originally Posted by JumperBoyz View Post
    Sesiapa yang tidak main Multi tu, jangan lah risau ye..
    Betul tu jumperboyz.. cuma.. bila ada masalah.. dan anda "yakin" dengan sebenar2nya yang anda tidak bermain multi.. tetapi tetap mengalami sekatan, sila berhubung dengan gameadmin.. TQ..

  6. #6

    Cool

    Quote Originally Posted by pehf View Post
    Sistem boleh tau samada anda menggunakan Browser, PC atau IP yang sama. Sebenarnya sebelum ni pun MH boleh detect, tapi dek kerana terlalu banyak penafian, so benda ni diautomatikkan. so, MH tak perlu la balas macam2 kerenah seperti -> "itu akaun rakan pejabat saya" atau "saya hanya punyai satu akaun, yang lain-lain itu milik adik, abang, kakak, ayah dan ibu saya".. hehhe

    so mr matthew.. jgn risau kalau u tak main multi ok.. TQ



    Betul tu jumperboyz.. cuma.. bila ada masalah.. dan anda "yakin" dengan sebenar2nya yang anda tidak bermain multi.. tetapi tetap mengalami sekatan, sila berhubung dengan gameadmin.. TQ..

    cakap memang senang.... oklah nak memudahkan MH dan Travian team mencari multi.... namun anda kena faham terutama Goverment......

    1) Underfirewall (VPN)
    hanya 1 ip sahaja keluar.. kerana melalui firewall..... memang banyak cpu boleh on9 tetapi outsiders hanya boleh baca 1 IP sahaja..... travian team jangan menipulah kata boleh baca banyak IP address.... kecuali you boleh overrite CISCO FIREWALL VPN, saya respek.. pasal Telekom Malaysia pun blur nak override.. sampai Cisco Engineer from Amerika flew over to this country to solve some problem....

    edited
    Mh tak larang pemain semata mata disebabkan ip yang sama, jadi tak perlu risau berkenaan ini. Mungkin terdapat kekeliruan bagi sebilangan pemain, perubahan permainan ini merujuk kepada Kekangan, bukan Larangan

    2) 1 cpu sahaja digunakan... (realiti bukan fantasi)
    2.1-->sesetengah jabatan syarikat yang mana engineer dia malas nak mampos.. macam tempat kerja aku kat FELDA nie.. makan gaji buta... untuk pengetahuan korang... setiap unit hanya 1 cpu sahaja dibenarkan on9.. semata2 dia kata kalau semua boleh on9 nanti senang kena virus....
    2.2--> Goverment pun sama 1 Cpu on9 sahaja dibenarkan atas dasar takut staff berchating sampai x buat kerja...

    so kalau Travian team ban suka2 semata2 depa pakai PC sama..... macam aku ada 5 org pejabat aku pakai sama PC... terpaksalah pasal cpu tuh sahaja admin benarkan on9....

    edited
    Selagi masing2 main sendiri akaun masing2 dan tidak memberikan kata laluan kepada satu sama lain, takkan ada masalah.


    apa cerita plak kalau jadik macam tuh.... Oklah kalau kantoi hantar sumber aku paham.. alhamdulillah sesama kami x pernah hantar sumber... tetapi kalau ban semata2 sama pc yang mana selama ini kami set pengguna sama PC

    bukan kah menyusahkan orang ramai.... saya paham tugas nak hapuskan multi.. saya pun suka kalau multi nie kita campak.. bukan ban.. delete terus akaun tuh lagi bagus.... tetapi kalau player jujur bukan multi tetapi pengguna sama PC bukan kah merugikan kami yang mana akhirnya ramai player travian ini nanti hanya umur 17 tahun kebawah sahaja.....

    setau saya yang 17 tahun kebawah bukan gold user.. sapa rugi??? travian gak

  7. #7
    Lans Koperal arif07's Avatar
    Join Date
    Sep 2009
    Location
    KL, malaysia
    Posts
    23

    Default

    selain bantuan sumber, bantuan ketenteraan boleh tanpa hadkan?
    cth bantuan pertahanan ke pemain besar atau ke pemain kecil
    utk K2 dan K3

    edited
    tiada had bagi bantuan ketenteraan.

  8. #8

    Default

    admin.
    saya nak tanya.
    lets say.
    saya pernah berkongsi pc dengan satu account ni dulu..
    tp die guna browser yg lain..
    n then now die bz..
    so xleh la die nak jagekan kan kg die tu.
    n then die da jadi bahan farm org len.
    pastu die ni pon xkisah yg die kene farm..
    so saya rasa baik saya yg farm die..
    akan tetapi saya xleh farm die la admin..
    ble saya antar troops saya dpt 0 0 0 0 sumber..
    walaupon saya da spy dulu mmg 40k setiap satu sumber yg die ade..
    mungkin sbb saya pernah kongsi pc dengan die dulu..
    so berapa lama saya kene tunggu untuk farm die.
    or mmg saya xkan bleh farm die sampai abis server kerana sy pernah berkongsi satu pc dengan die??

    edited
    Bagi pemain berkongsi pc, anda dalam kategori Kaitan 3. Seperti yang ditunjukkan pada no 6 (merompak pemain yang lebih kecil dihadkan oleh no 1), rompakan anda dihadkan pada no 1 (tidak boleh menghantar apa apa ke pemain yang lebih besar, pemain yang lebih besar perlu menghantar dahulu).

    Kesimpulannya, akaun yang lebih besar tidak akan dapat apa2 apabila merompak pemain kecil yang berkongsi pc. Pastikan anda telah memadam cookies akaun rakan anda, dan tunggu 7 hari sebelum boleh merompak.

    Hanya penjelasan dan soalan sahaja dibenarkan dalam thread ini. Tolong beri kerjasama ^_^
    Last edited by AdaM; 02-21-2010 at 04:39 PM.

  9. #9

    Post kurang phm

    admin,
    cth; die die ally sama tetapi dia perlu difarm bagi mengelakkn sumber dia diambil..
    tetapi setiap kali saya menyerang balik dgn tgn kosong aja....
    (pernah sekali menyerang & dpt dkt 30k sumber)
    (pop lagi kecil dari saya)

    adakah sbb ally sama...?
    ataupun bila dia dikick baru boleh rompak...?
    ataupown x leh langsung...?

    p/s; masih newbie dlm travian, memrlukn bantuan untuk menambahkn maklumat@pengetahuan...:o

    edited:
    sama persekutuan dan tidak pernah berkongsi ip atau pc. Sila lihat Kaitan 1 (K1)
    "6. boleh merompak pemain yang lebih kecil tanpa had (no 1 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)"
    Ini bermakna, dalam sehari maksimum rompakan yang boleh anda dapat adalah 2 jam produksi sumber pemain tersebut. Memandangkan terdapat 7 hari pendahuluan, anda boleh merompak sehingga 14 jam produksi sumbernya pada hari pertama dan baki 6 hari kemudian, tiada hasil akan diterima dari rompakan.

  10. #10

    Default

    admin.

    saya ada satu masalah.

    1)saya menggunakan free wifi (orang miskin) apakah saya akan di banned?
    almaklumlah bukan saya sahaja yang bermain travian.
    Akaun tidak akan dilarang semata mata kerana sama ip.

    2)kadang2 saya sebagai students meminjam laptop kawan saya melayari travian.com.my untuk bermain. kawan saya juga mempunyai akaun travian.tetapi setelah habis bermain saya dan dia akan clearkan cookies dan history supaya tidak mengetahui password.adakah saya atau dia akan di banned kerana berkongsi komputer?
    bagaimana dengan nasib kami?
    Jika masing2 tidak tahu kata laluan antara satu sama lain, takkan ada masalah.
    3)bagaimana klau bermain di cyber cafe?
    adakah akan di banned juga?
    Sekali lagi saya tekankan, selagi kata laluan tidak diketahui orang lain, takkan ada masalah.


    saya hanya lah org baru bermain travian.
    kadang2 peraturan bukan saya faham pun..

    sekian, terima kasih.
    Last edited by gondol; 02-23-2010 at 02:03 PM.

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •