Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 18

Thread: [Panduan] Travian T3.6

  1. #1
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default [Panduan] Travian T3.6

    __________________________________________________

    Panduan Travian T3.6
    __________________________________________________


    Bermula 3 Disember 2009, Semua pelayan sedia ada akan dinaiktaraf kepada Versi T3.6 secara berperingkat. Dan semua pelayan pada masa hadapan akan menggunakan Versi T3.6 Sepenuhnya. Melalui panduan ini, Anda akan dapat mengetahui semua Perubahan dan Ciri-ciri baru yang terdapat pada Versi T3.6.


    ( 1 ) Perubahan permainan di T3.6

    • Ciri Percuma
    • Ciri Plus
    • Kelab Emas


    ( 2 ) Imej dikemaskini

    • Ikon Laporan
    • Grafik untuk lapangan Sumber
    • Grafik untuk Artifak


    ( 3 ) Ciri baru Untuk Semua
    • Prasyarat di Akademi
    • Sekatan Titik Perhimpunan
    • Halaman Serangan Persekutuan


    ( 4 ) Ciri baru Akaun PLUS

    • Pusingan menunggu Penyelidikan
    • Sambungan Pedagang NPC
    • Sambungan Siap Segera


    ( 5 ) Kelab Emas (Ciri Percuma)

    • Pedagang bergerak tiga kali
    • Senarai kampung sasaran
    • Senarai Kegemaran
    • Tetapan Askar serangan
    • Statistik serangan
    • Pencari Lapangan


    ( 6 ) Kelab Emas (Bayar untuk Guna)

    • Laluan perdagangan
    • Pakar pembinaan
    • Balik Segera
    • Tetapan penghindaran

  2. #2
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default

    __________________________________________________

    Perubahan permainan T3.6
    __________________________________________________

    Ciri Percuma
    Versi travian T3.6 mempunyai lebih ciri percuma kepada pemain bukan-Emas untuk meningkatkan permainanan mereka. Antaranya,
    - Ikon laporan khas yang memaparkan kepada pemain jika askar-askar telah mati atau terselamat.
    - Ikon Laporan menunjukkan 100% kerugian, tiada kerugian, pengintipan, dan sebagainya.
    - Laporan Serangan di halaman persekutuan yang membenarkan anda untuk melihat antara serangan / pertahanan.
    - Bangunan Akademi akan 'Menunjukkan Lebih' senarai pada pasukan belum diselidik.
    - Sekatan Titik Perhimpunan juga adalah ciri percuma dan dikenakan kepada semua pemain.



    Terdapat 24 tugasan berbanding 22 sebelum ini. 2 tugasan ditambah untuk menggalakkan pemain baru membina Kedutaan dan menyertai persekutuan agar mereka mendapat perlindungan. Untuk menyelesaikan tugasan ini,pemain mesti menyertai atau mengasaskan sendiri persekutuan. Ganjaran Emas untuk tugasan 22 akan diberikan seperti biasa; Untuk tugasan 23 & 24, Ganjaran berbentuk sumber akan diberikan.


    Ciri PLUS
    Kos baru bagi akaun Plus dikurangkan dari 15 Emas kepada 10 Emas(server baru sahaja) dan ciri bonus yang membenarkan anda untuk membeli 10% serangan / pertahanan akan dihapuskan. Bagaimanapun, Jika pelayan anda masih belum ditingkatkan sepenuhnya, kos Plus masih lagi 15 Emas, dan bonus 10% Serangan / pertahanan masih ada. Ciri lama ini akan ditukar secara berperingkat atau apabila pelayan di mulakan semua (Reset).


    Pengguna Akaun Plus kini boleh menikmati sambungan terus kepada Perdagang NPC dan Siap segera tanpa perlu membuka halaman Plus ataupun Pasar. Ciri terbaru - Kini anda boleh menggunakan Pusingan menunggu pada Kedai senjata/Perisai, Akademi, dan juga pembinaan bangunan. Ini bermakna dengan hanya 2 Emas, Anda boleh menyiapkan 10 arahan pada satu-satu masa (2 pembinaan bangunan, 1 peningkatan di lapangan, 2 penyelidikan kedai senjata, 2 penyelidikan kedai perisai, 2 penyelidikan di akademi, 1 arahan runtuhkan di bangunan utama ).


    Ciri baru Kelab Emas
    Kelab Emas adalah ciri terbaru yang ditawarkan pada versi T3.6. Kos untuk menyertai kelab EMAS adalah 100 Emas untuk sepanjang waktu pelayan(sehingga tamat). Jika hayat pelayan melebihi 250 hari, Kos bagi kelab Emas akan dikurangkan sebanyak 1 Emas bagi setiap tambahan hari yang dilalui dan akan behenti pada harga 1 Emas. Bagi Server Speed, kos menyertai Kelab Emas adalah sebanyak 50 Emas. Dan ia tidak akan dikurangkan memandangkan Jangka masa Server speed hanyalah 100-150 hari sahaja.

    Untuk menyertai kelab emas, klik aktifkan Kelab Emas di halaman Plus anda:
    Ciri yang terdapat pada Kelab Emas terbahagi kepada Ciri Percuma dan Ciri Berbayar. Ciri percuma termasuk Senarai kampung sasaran,Statistik Serangan,Pedagang bergerak tiga kali, dan Pencari Lapangan. Ciri berbayar pula seperti Pakar pembinaan,laluan perdagangan, Balik segera dan Tetapan penghindaran.

  3. #3
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default

    __________________________________________________

    Imej Baru dikemaskini
    __________________________________________________

    Ikon di Laporan
    Ikon pada laporan adalah Ciri baru yang boleh didapati pada versi T3.6, Ciri ini diberikan kepada semua pemain tanpa sebarang kos. Ikon akan kelihatan pada sebelah kiri setiap laporan anda. Terdapat 4 jenis ikon, Iaitu: serangan, pertahanan, perdagangan dan umum. Ini akan memberikan anda gambaran keseluruhan yang cepat tentang laporan tersebut tanpa perlu klik atau membukanya.

    Sila ambil perhatian. Simbol-simbol ini akan membawa maksud yang berbeza dari apa yang telah kelihatan pada kampung anda sebelum ini.


    ^ 3 simbol diatas adalah ikon umum. Jika pelayan anda ditingkatkan di pertengahan permainan, Semua laporan yang diterima sebelum pelayan ditingkatkan tidak akan mempunyai Ikon berkaitan. Ikon kedua digunakan untuk semua jenis laporan bantuan, sama ada untuk anda atau pemain lain. Dan Ikon ketiga digunakan untuk semua jenis laporan intipan sama ada dari anda atau intipan musuh keatas anda.


    ^ Ikon dagangan diatas dikira berdasarkan majoriti sumber yang hadir dalam sesuatu dagangan. Jika jumlah sumber adalah sama, ikon kayu akan dipaparkan. Laporan ini digunakan untuk semua jenis dagangan, sama ada dari kampung sendiri ataupun pemain lain.


    ^ Ikon serangan diatas sangat berguna kepada penyerang untuk mereka mengetahui kampung mana yang telah menyebabkan kerugian. Ikon merah menunjukkan tiada askar yang kembali. Ikon kuning menunjukkan bahawa askar-askar telah pulang tetapi terdapat beberapa mangsa dalam pertempuran. Manakala Ikon hijau pula bermakna semua askar telah pulang dengan selamat dengan tiada kerugian.


    ^ Simbol diatas digunakan untuk laporan pertahanan. Perisai Hijau menunjukkan pasukan pembela anda menang tanpa sebarang kerugian semasa mempertahankan serangan. Perisai kuning memberitahu anda telah hilang beberapa askar apabila mempertahankan serangan tetapi masih mempunyai askar pertahanan.(perisai Kuning akan kelihatan walaupun hanya 1 askar yang terselamat).Perisai merah menunjukkan semua pembela-pembela anda telah terkorban,bermakna anda mengalami 100% kerugian. Perisai kelabu menunjukkan anda kalah dalam pertahanan tetapi tidak mengalami sebarang kerugian (simbol perisai yg selalu kelihatan apabila seorang pemain itu menjadi mangsa serangan dan tidak mempunyai sebarang askar, hanya memiliki sumber).

    Grafik Lapangan Sumber

    Versi T3.6 memperkenalkan 4 simbol baru yang akan mewakili semua jenis sumber dalam permainan. Simbol ini akan kelihatan pada halaman peningkatan sumber tersebut. Simbol dari kiri mewakili Kayu, Tanah Liat, Besi, dan tanaman.

    Grafik Untuk Artifak
    Jika anda berada dipertengahan permainan, Anda boleh menyaksikan sendiri di perbendaharaan. Setiap artifak kini akan mempunyai ikon dan juga imej tersendiri. Grafik baru ini akan menunjukkan setiap artifak sedang dikelilingi emas dan juga harta-karun


  4. #4
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default

    __________________________________________________

    Ciri baru Untuk Semua
    __________________________________________________

    Prasyarat di Akademi
    Akademi kini membolehkan anda untuk melihat prasyarat yang diperlukan untuk menyelidik kesemua unit askar. Hanya klik "tunjukkan Lebih" dibahagian akademi anda untuk melihat senarai. Klik kembali untuk sembunyikannya semula.


    Apabila Prasyarat penyelidikan dipenuhi, penyelidikan tersebut akan muncul di akademi. Senarainya di "tunjukkan Lebih" akan hilang. Jika tiada senarai di "tunjukan lebih" anda, Ini bermakna anda telah menyelidik kesemua jenis askar.


    Sekatan Titik Perhimpunan
    Perubahan terbesar yang diperkenalkan pada versi T3.6 adalah Sekatan Titik perhimpunan. Sekatan termasuk untuk setiap pergerakan Serangan, Serbuan dan juga Bantuan kampung anda. Jumlah Sekatan bergantung pada tahap Titik Perhimpunan anda. Pihak Admin mempunyai kuasa untuk meningkatkan atau menurunkan jumlah sekatan di titik perhimpunan. Ini Bermakna setiap pelayan mungkin mempunyai jumlah sekatan titik perhimpunan yang berbeza antara satu sama lain.

    Jika anda tidak pasti berapakah slot untuk setiap tahap titik perhimpunan anda, Atau anda mempunyai terlalu banyak pergerakan sehingga sukar membilangnya, anda boleh mengetahui berapakah slot anda yang tinggal dengan klik pada "Hantar askar-askar" di titik perhimpunan. Dibawah adalah contoh kampung yang memiliki titik perhimpunan tahap 2 dengan slot yg digunakan masih 0.


    Sebab utama Sekatan titik Perhimpunan diperkenalkan adalah untuk mewujudkan situasi permainan yang adil. Permain mahir, Pengunaan "bot/script", atau pemain yang memiliki "dual" yang ramai mungkin mempunyai kelebihan berbanding pemain lain, ini menyebabkan ramai pemain baru behenti bermain kerana menjadi mangsa serangan tanpa henti sehingga sukar untuk mereka membangun. Sekatan ini diharap dapat mewujudkan suasana permainan yang baru dan menyeronokan. Dunia dalam permainan juga boleh berkembang dan pemain dapat bersaing secara adil antara satu sama lain.


    Halaman Serangan Persekutuan
    Halaman serangan persekutuan juga telah menerima perubahan baru. Dihalaman ini akan kelihatan 2 ikon Penyerang / Pembela. Anda boleh menapis laporan yang ingin dicari dengan memilih butang Penyerang atau Pembela. Laporan berkaitan akan dipaparkan.

    Ciri Tambahan, jika anda klik pada Ikon sebelah laporan (contoh, perisai merah / 100% kerugian) ia akan menapis semua laporan dan akan menunjukkan anda 20 laporan terakhir (No-PLUS) atau 60 Laporan terakhir (PLUS) untuk kategori laporan tersebut. Ini akan memudahkan anda kerana laporan-laporan persekutuan tidak lagi hilang atau tertolak kebawah, dan Ini membolehkan anda melihat keseluruhan laporan persekutuan jika anda tidak mampu memeriksanya setiap jam.

  5. #5
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default

    __________________________________________________

    Ciri baru PLUS
    __________________________________________________

    Pusingan menunggu Penyelidikan
    Kini anda boleh menggunakan pusingan menuggu untuk penyelidikan di Akademi,Kedai senjata,dan Kedai Perisai. Ini membolehkan anda meletakkan 2 penyelidikan pada satu-satu masa,dan Penyelidikan dijalankan adalah mengikut giliran. Fungsi ini sama seperti pusingan menunggu untuk pembinaan. Anda juga dapat melihat tahap penyelidikan anda sekarang dan juga tahap peningkatan apabila penyelidikan itu selesai.



    Pautan Pedagang NPC
    Semasa anda kekurangan sumber untuk melakukan penyelidikan atau meningkatkan tahap bangunan,Butang Perdagang NPC akan kelihatan. Dengan klik padanya, anda akan dibawa terus kepada Perdagang NPC dan jumlah sumber yang diperlukan akan diisi secara automatik.Ini akan memudahkan anda tanpa perlu menyalin semula jumlah sumber yang diperlukan.


    Nota: Butang NPC tetap akan kelihatan sama ada anda mempunyai cukup jumlah sumber untuk ditukar pada Perdagang NPC ataupun tidak. Sebagai contoh jika kos pembinaan memerlukan 18 000 sumber dan anda hanya mempunyai 11 000, anda tetap akan dibawa pada skrin NPC dan kos pembinaan masih di isi secara automatik. Tetapi NPC akan memberitahu anda masih kekurangan baki -7 000 sumber. Jadi, amat penting untuk anda mengawasi perkara ini supaya anda tidak melakukan dagangan NPC yang mana sumber anda masih tidak mencukupi.

    Pautan Siap Segera
    Pautan Siap Segera akan kelihatan pada senarai pembinaan anda berbentuk Jam. Bila di klik, anda akan mendapat satu mesej pengesahan bertanya anda sama ada bersetuju untuk membeli Siap Segera.


    Hanya di kampung tersebut,Semua senarai pembinaan, penyelidikan di Akademi,Kedai Perisai, dan kedai Senjata akan siap serta merta. Ini tidak termasuk senarai menunggu pakar pembinaan kerana sumber pembinaan belum diambil.

    Nota: Tidak berkesan untuk Istana, Residen dan dunia keajaiban.

  6. #6
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default

    __________________________________________________

    Kelab Emas (Ciri Percuma)
    __________________________________________________

    Pedagang bergerak tiga kali
    Pengguna Kelab Emas kini boleh menyuruh pedagang mereka menghantar sumber sebanyak 3x untuk setiap kampung. Pedagang bergerak tiga kali adalah atas pilihan anda.



    Senarai kampung sasaran
    Senarai kampung sasaran diambil dari setiap kampung yang telah anda serang/serbu dalam tempoh 7 hari terakhir - bagi kampung yang hendak diserang buat kali pertama,ia tidak akan diambil, Kampung itu hanya akan tersenarai sebagai kampung sasaran jika askar anda telah menyerang kampung tersebut. Setiap kampung yang diserang dalam tempoh 7 hari akan tercatat dan jumlah kampung dalam Senarai sasaran adalah tidak terhad. Bagaimanapun, jika anda tidak menyerang kampung itu dalam tempoh 7 hari, ia akan hilang daripada senarai. Untuk mengelakkan daripada hilang, Simpannya sebagai kegemaran dan ianya tidak akan hilang walaupun anda tidak menyerang dalam tempoh 7 hari.

    Untuk menyimpan senarai sebagai kegemaran, Hanya klik butang (+) di sebelah nama kampung sasaran. Jika anda Klik pada tab bahagian kampung, Serangan, Ganjaran, Kerugian,atau Serangan terakhir akan membolehkan anda melihat statistik bagi kategori tersebut.

    Senarai kegemaran
    Apabila anda menyimpan kampung sasaran sebagai kegemaran, Senarai tersebut akan kelihatan setiap kali anda membuka peta (dibahagian bawah).Dan Jika anda sedang menyerang sasaran tersebut, Ikon pedang kuning akan kelihatan pada sebelah nama kampung sasaran. Jumlah ganjaran dan kerugian dipaparkan adalah dikira untuk tempoh 7 hari terakhir, dan bukannya jumlah keseluruhan sepanjang permainan.


    Tetapan Askar Penyerang
    Kelab Emas membolehkan anda menetapkan jumlah askar penyerang yang akan digunakan semasa menyerang kampung sasaran. Untuk mengakses tetapan askar kampung sasaran, pergi ke titik Perhimpunan anda > Kelab Emas > skrol bahagian bawah > tunjuk askar yang biasa menyerang. Skrin seperti dibawah akan muncul :
    Cth diatas menunjukan tetapan 3 askar belantan. Setiap kali anda hendak menyerang kampung sasaran, 3 askar belantan akan diisi secara automatik. Ini akan memudahkan kerja anda dengan lebih cepat dan lebih efisien.

    Butiran Serbuan
    Butiran Serbuan adalah salah satu Ciri percuma yang diberikan kepada pembeli Kelab Emas. Melalui Butiran Serbuan, Pemain akan dapat melihat tahap efektif serangan mereka ke atas kampung tertentu. Butiran Serbuan akan kelihatan pada halaman kampung yang dikehendaki pemain. Untuk melihat Butiran Serbuan pada sesebuah kampung itu, anda perlulah meyimpan kampung tersebut kedalam senarai kegemaran terlebih dahulu. Hanya kampung yang dimasukkan kedalam senarai kegemaran akan menghasilkan Butiran Serbuan.


    Statistik untuk Hari Ini akan kelihatan pada sebelah kiri sekali. dan butiran untuk 7 hari terakhir adalah dari kiri ke> kanan. Jumlah keseluruhan Baki(dihitamkan) akan memberitahu anda sama ada kampung tersebut telah menguntungkan (+), atau merugikan (-) anda bagi sepanjang minggu itu.

    Pencari Lapangan - 9/15c
    Satu Ciri eksklusif Kelab Emas Ialah Pencari lapangan. Pencari Lapangan akan memudahkan anda untuk mencari lapangan sumber jenis 9/15 dengan bonus pilihan untuk oasis. Untuk mengakses Pencari Lapangan, buka peta, dan klik pada kanta Pencari lapangan 9/15. Ini merupakan satu-satunya cara untuk mengakses pencari lapangan.


    Bagi memulakan pencarian lapangan, masukkan koordinat peta untuk mula mencari. koordinat-koordinat ini tidak terhad pada sekitar kawasan kampung anda. Anda bebas untuk mencari pada mana-mana koordinat yang dikehendaki. Masukkan koordinat di posisi mula, dan pilih jenis lapangan sama ada 15/9 atau keduanya dan juga bonus oasis (0%-150%). Jika anda mencari tapak untuk mengasaskan kampung baru, tandakan bahagian "hanya papar yang tidak diduduki".


    Carian akan mula dilakukan pada sekitar koordinat yang dikehendaki dan hasil carian yang diperoleh terhad sehingga 150. Keputusan hasil carian akan menunjukkan jarak, posisi, jenis (9c atau 15c), jumlah bonus oasis dan memberitahu jika lapangan telah diduduki atau tidak.


    Ciri ini terdapat sedikit kelemahan kerana ia tidak membenarkan anda mengasingkan lapangan milik persekutuan sendiri. Carian juga tidak menunjukkan persekutuan mana pemain itu dan sama ada lapangan itu adalah Ibu-Kota ataupun tidak. Ini menyukarkan pemain untuk mencari lapangan yang ingin ditawan kerana terpaksa memeriksa hasil keputusan satu-persatu.

  7. #7
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default

    __________________________________________________

    Kelab Emas (Bayar untuk Guna)
    __________________________________________________

    Laluan Dagangan ( 2Emas)
    Untuk menggunakan Laluan dagangan, anda mestilah sekurang-kurangnya memiliki 2 buah kampung. Jika anda memiliki 1 kampung sahaja, Laluan dagangan tidak akan kelihatan di pasar anda.Ciri ini terhad bagi dagangan antara kampung-kampung anda sahaja, anda tidak boleh mencipta laluan dagangan dengan kampung pemain lain. Kos untuk mencipta laluan dagangan adalah sebanyak 2 emas, Bagi pelayan normal, tempoh laluan dagangan adalah selama 7 hari, dan bagi pelayan Speed, laluan dagangan hanya selama 3 hari.


    Untuk memulakan laluan, Klik pada "Cipta laluan dagangan baru" dan akan muncul halaman seperti dibawah. Bahagian "Kampung sasaran" adalah dimana destinasi dagangan, dan "masa mula" membolehkan anda untuk menetapkan masa mula bagi laluan perdagangan anda. Contoh dibawah menunjukkan pemain menetapkan penghantaran ke "Kampung Baru" Sebanyak 3x. Bermakna, "kampung Baru" akan menerima 2250 setiap sumber sebanyak 3x sehari bermula jam 11 untuk tempoh sepanjang minggu itu / 7 hari. (jika pelayan speed selama 3hari)


    Apabila laluan dagangan di cipta, butiran laluan dagangan anda akan di masukkan ke dalam senarai dagangan di pasar anda. Nombor "12x3" memberitahu dagangan itu akan menggunakan 12 orang pedangang dan mereka akan melakukan 3 kali perjalanan.


    Anda bebas untuk menukar data laluan dagangan anda selagi ianya masih aktif pada bila-bila masa tanpa perlu mencipta laluan baru ke kampung tersebut. Nota : Penukaran hanya terhad untuk Jumlah sumber, masa dan penghantaran pada laluan yang telah wujud sahaja. Jika anda ingin menukar destinasi dagangan, anda perlu mencipta laluan baru.

    Pakar Pembinaan ( 1Emas)
    Ciri baru T3.6 ini membenarkan anda untuk mengarahkan sehingga 3 pembinaan tanpa perlu mempunyai sumber yang diperlukan. Pembinaan ini tidak akan dibina serta-merta, tetapi hanya akan dimulakan setelah pemain mempunyai sumber yang mencukupi untuk pembinaan. Dengan memiliki akuan PLUS, Teutons dan Gauls kini boleh mengarahkan sehingga 5 pembinaan dan bagi puak Rom sehingga 6 pembinaan pada satu-satu masa. Kini Anda tidak lagi perlu berada dalam talian untuk mengarahkan sebarang pembinaan. Jika diperhatikan, Simbol Emas dipudarkan untuk memberitahu pemain bahawa mereka tidak akan dikenakan sebarang kos apabila mengatur pembinaan, Kos 1 Emas hanya akan di tolak apabila setiap pembinaan itu dimulakan.


    Nota: Jika terdapat arahan di pakar pembinaan dan waktu itu anda ingin membina bangunan lain yang cukup sumber, pembinaan itu akan di bawa kedepan dan dibina serta-merta. Pembinaan tadi akan memanjangkan waktu Pakar Pembinaan kerana sumber telah digunakan.


    Setelah sumber diperlukan mencukupi, Pembinaan akan dimulakan dan simbol jam akan muncul. Simbol ini merupakan sambungan kepada fungsi Siap Segera (lihat bahagian atas utk panduan Siap Segera). Jika anda mengarahkan pembinaan Istana / Residen atau anda sedang membina dunia keajaiban, simbol jam tidak akan kelihatan. Membatalkan arahan pakar pembinaan tidak akan merugikan pemain kerana Emas dan sumber belum diambil. Anda tidak perlu risau jika tersalah memberi arahan kerana anda boleh membatalkan arahan itu pada bila-bila masa tanpa sebarang kos.

    Balik Segera ( 5Emas)
    Untuk menggunakan Fungsi Balik segera, buka titik perhimpunan,dan klik simbol jam di bahagian Ketibaan askar anda. Apabila diaktifkan, semua Pasukan anda yang dalam perjalanan balik akan tiba serta merta. Ia tidak berkesan bagi perjalanan pulang Senator/penghulu/pemimpin dan Tarbil. Pasukan tidak boleh dipanggil balik jika kampung anda sedang diserang dalam tempoh kurang 3 jam. Kos bagi setiap penggunaan adalah sebanyak 5 Emas.



    Penghindaran Serangan ( 2Emas)
    Untuk menggunakan Fungsi ini, Sila lihat di bahagian Titik perhimpunan anda > Klik "Kelab Emas" > lihat bahagian bawah sekali > " Tunjuk tetapan penghindaran". Nota: Ciri ini hanya terdapat pada pelayan yang telah dinaiktaraf ke versi T3.6 sepenuhnya.

    Fungsi ini akan menyelamatkan askar anda dengan menghantar keluar semua askar sebelum serangan tiba. Pasukan askar anda keluar pada saat serangan dan kembali 180 saat kemudian. Ciri ini hanya berkesan jika askar-askar berada di kampung pada 10 saat terakhir sebelum serangan.


    Taktik penghindaran ini akan berkesan walaupun jika anda tiada dalam talian , Jadi anda tidak lagi perlu berjaga pada lewat malam kerana risaukan mengenai serangan-serangan yang akan tiba sewaktu anda tidur atau semasa anda sedang sibuk bekerja hingga tidak dapat menyelamatkan pasukan anda.


    Untuk menetapkan penghindaran, Hanya tandakan pada kampung dimana anda memerlukan Penghindaran serangan. Masukkan jumlah penghindaran maksimum yang diperlukan untuk kampung tersebut. Dengan cara ini akan membolehkan anda menetapkan jumlah maksimum penggunaan Emas bagi setiap kampung anda. Kos bagi setiap penghindaran adalah 2 Emas.

    Perhatian:Jika terdapat 20 serangan yang bakal tiba dan anda hanya menetapkan 15 kali penghindaran, untuk 5 serangan terakhir askar anda tidak akan diselamatkan kerana kadar tetapan anda mencapai maksimum.

    Jika anda menghantar pasukan askar keluar secara manual, Penghindaran Serangan tidak akan dilaksanakan dan kos 2 Emas tidak akan ditolak. Bagaimanapun, jika anda telah menghantar keluar kesemua askar-askar anda, dan pada waktu itu 1 unit askar dibina beberapa saat sebelum serangan tiba, 2 emas akan tolak untuk penghindaran unit tersebut. Jadi amat penting untuk anda mengawasi hal ini agar tidak merugikan anda.


    *Kredit - Avi for original guide / pictures

  8. #8
    Koperal
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    RUSSIA
    Posts
    74

    Default

    great guide...walaupun agak lambat sedikit guide ni kluar...good job rozar
    visit my dragon page...HELP THEM GROW!!!


  9. #9

    Default

    Panduan yang senang difahami.....Bagus

  10. #10
    Lans Koperal
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    44

    Default

    info yang bagus....

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •