Kekangan dalam pemindahan sumber akan dibuat secara automatik berdasarkan pada perhubungan atau kaitan antara akaun akaun yang terlibat.
Jenis kaitan.
1. Akaun terlibat tidak berkongsi komputer atau talian (IP). (K1)
2. Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi talian (IP) atau menjadi penjaga. (K2)
3. Akaun terlibat sedang atau pernah berkongsi pc atau akaun yang mana hanya penjaga yang memainkan akaun (tiada log masuk dari pemilik). (K3)
Kaitan 1 (K1)
1. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke akaun yang lebih besar (7 hari pendahuluan).
2. boleh hantar 3 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil. (7 hari pendahuluan).
3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 150% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (24 jam pendahuluan).
4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 300% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (24 jam pendahuluan)
5. boleh merompak pemain yang lebih besar tanpa had (no 2 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
6. boleh merompak pemain yang lebih kecil tanpa had (no 1 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
7. boleh menjajah kampung jika tidak menjadi penjaga dalam tempoh 14 hari sebelum dan kedua dua pemain tidak berada dalam persekutuan yang sama atau persekutuan yang bersekutu dalam tempoh 2 hari sebelum.
Kaitan 2 (K2)
1. boleh hantar 1 jam produksi sumber ke akaun yang lebih besar (3 hari pendahuluan) tetapi 0 jika populasi <50
2. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil (3 hari pendahuluan) tetapi 0 jika populasi <50
3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 125% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan)
4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 150% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan).
5. boleh merompak pemain yang lebih besar tanpa had (no 2 diambil kira jika dalam persekutuan yang sama)
6. merompak pemain yang lebih kecil dihadkan oleh no 1 (Penjelasan : jika populasi besar menyerang populasi kecil, maksimum hasil serbuan tidak akan melebihi dari 1 jam produksi sumber populasi kecil)
7. boleh menjajah kampung jika tidak menjadi penjaga dalam tempoh 14 hari sebelum dan kedua dua pemain tidak berada dalam persekutuan yang sama atau persekutuan yang bersekutu dalam tempoh 2 hari sebelum.
Kaitan 3 (K3)
1. tidak boleh menghantar apa apa ke pemain yang lebih besar, pemain yang lebih besar perlu menghantar dahulu.
2. boleh hantar 2 jam produksi sumber ke pemain yang lebih kecil (1 hari pendahuluan) tetapi 0 jika populasi <50
3. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih besar dan hantar 100% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (6 jam pendahuluan) .
4. boleh menghantar bantuan ke pemain yang lebih kecil dan hantar 100% dari jumlah tanaman yang diperlukan untuk penyelenggaraan (12 jam pendahuluan)
5. merompak pemain yang lebih besar dihadkan oleh no 2
6. merompak pemain yang lebih kecil dihadkan oleh no 1
7. tidak boleh saling menjajah.
8. tidak boleh merompak jika ada menghantar sumber dalam tempoh 6 jam sebelum.
Note: "x hari pendahuluan" bermaksud anda boleh menghantar dahulu sumber untuk beberapa hari akan datang. "boleh hantar 2 jam produksi sumber (7 hari pendahuluan) bermaksud anda boleh hantar sehingga 14 jam sumber sekali hantar, 6 hari berikutnya anda tidak dibenarkan membuat penghantaran.
Produksi perjam
Jumlah produksi di semua kampung bagi tanah liat, kayu, besi dan tanaman (jumlah produksi tanaman - populasi)
Tambahan jumlah purata hasil bersih rompakan (hasil rompakan - hasil dirompak) dalam tempoh 7 hari.
Kesimpulan: Produksi perjam = produksi bersih semua kampung/jam + purata hasil bersih rompakan/jam
Pengecualian
*Kampung WW boleh dibekalkan tanpa had.
*Kampung WW boleh diserang atau dibantu tanpa had.
*Kampung WW sentiasa boleh dijajah (tanpa mengira kaitan).
*Kampung Artifak boleh dibekalkan dengan tanaman tanpa had.
*Kampung Artifak sentiasa boleh dijajah (tanpa mengira kaitan)
*Perdagangan di Pasar.: Jika keseimbangan perdagangan (tanpa rompakan atau hantaran) lebih rendah dari +-20% dan pemain dalam kategori K1, perdagangan di pasar akan sentiasa dibenarkan.
Mungkin sesetengah pemain agak pening dengan penerangan ini, yang penting anda faham asas kemaskini ini iaitu pemindahan sumber akan dikenakan kekangan secara automatik. Dijangkakan kemaskini akan dibuat pada 16 Februari 2010. Jika terdapat sedikit gangguan pada talian, sila tunggu sebentar ^_^
Bookmarks