Bagi mereka yang berada pada kedudukan yang tidak strategik, berikut adalah antara cara anda boleh membina kampung yang lebih baik.
1. Untuk permulaan, fokus pada pembinaan sumber2 dan gua sahaja. Sekurang kurangnya 3-4 gua bagi Gaul dan 6-7 gua bagi Rom dan Teuton. Abaikan dahulu pembinaan2 lain.
2. Sebaik sahaja sumber sudah memadai dan gua telah cukup, bina residen @ istana dan latih peneroka.
3. Buka kampung baru di kawasan yang tiada pemain lain tetapi berdekatan dengan pemain2 yang baru membuka akaun. Sebaik baiknya ambil kampung 15c atau 9c. Tumpukan pada latihan askar serangan, ini kerana terdapat banyak pemain yang baru membuka akaun yang tersedia untuk diserang anda.
4. Kemudian, mulakan pembangunan di kampung pertama. Produksi sumber yang telah sedia tinggi akan menjadikan pembangunan kampung pertama anda pesat. Hantarkan sebilangan sumber kampung pertama ke kampung kedua bagi mempercepatkan pembangunan dan latihan askar. Kampung pertama diutamakan untuk menjadi kampung penghantar sumber dan pelatih askar pertahanan.
5. Apabila kampung kedua telah stabil, buka kampung ketiga secepat mungkin juga dengan bantuan sumber dari kampung pertama. Dan begitulah seterusnya.
p/s sebagai peringatan, menyertai mana mana persekutuan adalah SANGAT penting ^_^
Bookmarks