Results 1 to 8 of 8

Thread: [Panduan] Asas Penjanaan Mata Budaya

  1. #1

    Default [Panduan] Asas Penjanaan Mata Budaya

    Pengenalan

    Mata Budaya (MB) menghadkan jumlah kampung yang boleh diasaskan atau dijajah oleh pemain. Pemain boleh mendapatkan Mata Budaya dengan membina bangunan atau meningkatkan tahap bangunan dalam kampung anda. Sebagai garis panduan kasar, 800-1000 per kampung adalah bagus, 400-800 biasa sahaja, kurang daripada 400 menunjukkan anda perlu membina/meningkatkan lebih lagi bangunan.
    Cara-cara mendapatkan mata budaya:

    1. Melalui MB pasif yang dihasilkan oleh bangunan anda
    2. Dengan melakukan Perayaan di Dewan Perbendaharaan

    Bangunan Penjanaan MB Paling Efisen

    Credit Given to Random Aussie-dude for teh pic. I'll create an excel pic of my own later in BM but for now we'll use this
    Tips Umum Mengenai Cara Termudah mendapatkan MB

    *Bina HANYA apa yang diperlukan
    Jika anda hendak menambahkan produksi dalam sesebuah kampung, anda tidak perlu membina kandang kuda ataupun kedai senjata terlebih dahulu dan sebagainya.

    *Jika anda mempunyai banyak kampung, binakan tahap bangunan/ladang terendah dahulu (berhenti sementara pembinaan di kampung-kampung lain)
    Kecuali anda mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membina kesemuanya pada masa yang sama, anda perlu mementingkan pembinaan tahap yang lebih rendah untuk memaksimakan kecekapan pengeluaran MB/sumber. Ini tidak termasuk pembinaan bangunan TERTENTU berdasarkan FUNGSINYA!

    * Bangunan Utama = Pasar + 2 = Academi +3 = Kedutaan + 4
    Jika anda mempunyai bangunan utama pada tahap 13, ini bermakna anda perlu ada pasar tahap 11, akademi tahap 10 dan kedutaan pada tahap 9. Berek sepatutnya pada tahap 3 kerana ia diperlukan untuk membina akademi. Bagi bangunan lain anda hanya perlu bina tahap 1 atau 3 untuk tembok pertahanan, jika anda mahukan pulangan MB paling cekap bagi kos sumber yang dilaburkan.

    * Simpan sebahagian kecil sumber harian untuk melatih askar. Pilih satu target dan cuba untuk mencapainya! (Sebagai contoh, +50 askar belantan, +20 askar lembing, +10 Kesatria Santo setiap hari - masing-masing dilatih di kampung yang sepatutnya)

    * Selebihnya dilaburkan ke dalam ekonomi!
    Jika anda Rom atau Gaul -> ladang sumber

    Bagi Teuton:
    Jika anda boleh farm dengan banyak - ini bermakna anda boleh melatih lebih ramai clubbies untuk "farming" (ini tak termasuk latihan harian askar baru)

    Strategi ini sepatutnya berkesan pada awalan server (iaitu pada 2 bulan pertama ataupun lebih kurang 5 kampung pertama). Selepas itu, ia menjadi kurang relevan dan anda perlu menumpukan perhatian pada perkara-perkara lain.
    Last edited by Faquarl; 02-18-2010 at 04:58 AM.
    com8 ['09] - Nouda | Pro Teuton
    com8 - Veritas ('10)| Simming Gaul
    myx - Veritas | (Retired: 20/12/09)
    .MY Mod | .IN MH | .COM Forum God

  2. #2
    Lans Koperal
    Join Date
    Oct 2009
    Posts
    28

    Default

    Quote Originally Posted by Faquarl View Post

    aku tak paham lah.bagunan mna paling byk mata budaya

  3. #3

    Default

    Paling banyak MB ialah Town Hall (Dewan Perbandaran) Tahap 20 dgn Istana Tahap 20. Tapi dia agak mahal r so tak ramai akan upgrade ke level 20 kecuali ada tujuan khas.
    com8 ['09] - Nouda | Pro Teuton
    com8 - Veritas ('10)| Simming Gaul
    myx - Veritas | (Retired: 20/12/09)
    .MY Mod | .IN MH | .COM Forum God

  4. #4
    Lans Koperal Sonix's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Sun
    Posts
    41

    Thumbs up

    Party as much as possible
    кιℓℓ αη∂ ∂єѕтяσу

  5. #5

    Default

    ad link x mngenai brape byk MB y diperlukan utk bkk kg2 bru ?

  6. #6
    Askar Picisan™ Sanji's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    New World
    Posts
    1,050

    "Never trust someone with mask"

  7. #7
    Prebet
    Join Date
    Feb 2012
    Location
    klang
    Posts
    7

    Thumbs up penjanaan MB

    rasanya cara untuk menjana MB paling pantas dan murah adalah dengan membina kedutaan,akademi,dewan pembandaran(tahap 1 -start raya kecil) dan bina treasurry (lvl 1-kerana treasurry menawarkan MB yang banyak tetapi bagi lvl berikut kos pembinaan menjadi lebih mahal)

    bagi pemain yang ingin membuka 2kg secepat mngkin boleh laa mencuba

    -bgunan utama tahap 10 (12MB)
    -kedutaan tahap 10 (murah) (25MB)
    -akademi tahap 10 (murah) (25MB)
    -dewan pembandaran (raya 1-2kali) (6MB)
    -treasurry tahap 1 (7MB)
    -pasar tahap 10 (murah) (19MB)
    =(94MB/hari)

    jika semua tapak sumber di lvl 5 18x2 MB=(36MB/hari)

    Residen tahap 10 (12MB/hari)

    penjanaa mata budaya (MB) bagi satu hari adalah (142MB/hari)

    melakukan raya
    Small 6400(kayu) 6650(tanah liat) 5940(besi) 1340(crop) 500(MB)

    (142MB/hari)x 11hari=1562MB + 500 raya kecil=2062MB dan anda telah bersedia untuk membuka kampung baru ^^

    kudos for- http://travian.wikia.com/wiki/Culture_points

    -DoMe-

  8. #8
    Kapten arcobaleno's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    in my room
    Posts
    544

    Default

    Quote Originally Posted by DoMe View Post
    rasanya cara untuk menjana MB paling pantas dan murah adalah dengan membina kedutaan,akademi,dewan pembandaran(tahap 1 -start raya kecil) dan bina treasurry (lvl 1-kerana treasurry menawarkan MB yang banyak tetapi bagi lvl berikut kos pembinaan menjadi lebih mahal)

    bagi pemain yang ingin membuka 2kg secepat mngkin boleh laa mencuba

    -bgunan utama tahap 10 (12MB)
    -kedutaan tahap 10 (murah) (25MB)
    -akademi tahap 10 (murah) (25MB)
    -dewan pembandaran (raya 1-2kali) (6MB)
    -treasurry tahap 1 (7MB)
    -pasar tahap 10 (murah) (19MB)
    =(94MB/hari)

    jika semua tapak sumber di lvl 5 18x2 MB=(36MB/hari)

    Residen tahap 10 (12MB/hari)

    penjanaa mata budaya (MB) bagi satu hari adalah (142MB/hari)

    melakukan raya
    Small 6400(kayu) 6650(tanah liat) 5940(besi) 1340(crop) 500(MB)

    (142MB/hari)x 11hari=1562MB + 500 raya kecil=2062MB dan anda telah bersedia untuk membuka kampung baru ^^

    kudos for- http://travian.wikia.com/wiki/Culture_points

    -DoMe-
    thanks for sharing mantap2
    arcobaleno
    at your service

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •