# §2 Netik - Komunikasi Dalam Permainan
* §2.1 Menjual akaun, askar, sumber atau perkhidmatan (i.e serangan) adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk masa yang dilaburkan ke akaun atau akaun yang dihadiahkan melalui lelongan.
* §2.2 Semua yang melibatkan perkara berikut adalah tidak dibenarkan
o menghina atau memalukan pemain lain
o bahasa, bahan dan pautan lucah
o ancaman di kehidupan sebenar
o perkauman, jantina atau mana mana perkara yang melibatkan diskriminasi
o apa apa perkara yang di anggap tidak sesuai oleh Multihunter atau Admin pada bila bila masa.
*
§2.3 Semua jenis komunikasi mestilah dalam bahasa Malaysia atau Inggeris. Ini termasuk pada profail akaun dan persekutuan.
* §2.4 Memeras ugut adalah tidak dibenarkan. Rundingan yang dimulakan oleh pemain yang diserang bagi mencari penyelesaian atas konflik yang dihadapi tidak termasuk dalam perenggan ini.
* §2.5 Semua jenis pengiklanan, spam atau surat berantai adalah tidak dibenarkan.
* §2.6 Memaparkan laporan peperangan pada permainan atau forum tanpa kebenaran kedua dua pihak adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk memaparkan mesej (IGM) atau e-mel ke/dari pemain lain, Multihunter/Supporter atau Administrator.
* §2.7 Memaksa atau mendesak pemain memadam akaun, memberikan akses sebagai penjaga, berkongsi akaun, memberikan kata laluan atau melanggar peraturan adalah tidak dibenarkan.
* §2.8 Penggunaan skrip, bot dan lain lain yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan. Permainan hendaklah dimainkan dengan apa yang telah tersedia, menggunakan pelayar internet yang tidak diubahsuai. Pek grafik adalah terkecuali dari perenggan ini. Sebagai tambahan, mengekploitasi ralat atau pepijat adalah tidak dibenarkan.
* §2.9 Meniru nama jawatan rasmi Travian atau menggunakan nama yang tidak sesuai adalah tidak dibenarkan dah akan dihukum dengan pemadaman serta merta.
Bookmarks