-
Prebet
Kecewa script tidak boleh digunakan
Assalammualaikum..saya agak terkilan kerana penggunaan script tidak boleh digunakan. Script adalah berbeza dengan bot di mana Ianya juga boleh di download oleh sesiapa sahaja di internet sekalipun mereka ini pemain baru manakala bot pula sentiasa aktif sekalipun pemain tidur dan sebagainya.. . Saya sokong tidak boleh menggunakan bot, tetapi saya tidak setuju jika penggunaan script turut tidak boleh digunakan.
Oleh yang demikian, kami adalah pemain2 hardcore yang menjadi penyumbang kepada permainan ini mula merasa bosan kerana wujudnya sistem catcha blocker yang ntah apa2 tu.
Ingin saya tegaskan, kami merupakan penyumbang emas yang banyak kepada permainan ini. Ini yang dinamakan hardcore. Walaubagaimana pun pihak pentadbiran tuan lebih mengutamakan aduan daripada pemain yang tidak pandai bermain, tidak menggunakan emas dan tidak aktif bermain.
Saya percaya penggunaan catcha block ini adalam merupakan maklumbalas daripada aduan pemaian2 yang selalu di farm, tidak pandai main serta tidak menggunakan emas dan tidak aktif..Mereka ini tidak menyumbang apa2 kepada permainan travian ini.
Seandainya saya silap, saya minta maaflah..mungkin andaian saya salah berkenaan punca system catcha blocker ini digunakan. Kerana saya dapati di Comx juga terdapat sistem ini. Minta tolong lah di myx ni, jangan buat benda2 yang buat pemain boring. Sedangkan mereka ini merupakan penyumbang kepada game ini..Game ni dah jadi darah daging sejak ianya diperkenalkan..
-
-
§2.8 Penggunaan skrip, bot dan lain lain yang seumpamanya adalah tidak dibenarkan. Permainan hendaklah dimainkan dengan apa yang telah tersedia, menggunakan pelayar internet yang tidak diubahsuai. Pek grafik adalah terkecuali dari perenggan ini. Sebagai tambahan, mengekploitasi ralat atau pepijat adalah tidak dibenarkan.
Sila baca peraturan terlebih dahulu
"Never trust someone with mask"
Tags for this Thread
Posting Permissions
- You may not post new threads
- You may not post replies
- You may not post attachments
- You may not edit your posts
-
Forum Rules
Bookmarks