Page 1 of 5 123 ... LastLast
Results 1 to 10 of 47

Thread: [Basic] Cara untuk elak dari di farm

  1. #1
    Kapten arcobaleno's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    in my room
    Posts
    544

    Lightbulb [Basic] Cara untuk elak dari di farm

    Intro

    Anda baru sahaja daftar sebagai pemain. Anda mengikut quest untuk menaikkan bangunan dan sumber, mendapat waktu perlindungan selama beberapa hari (tergantung berapa hari usia server), dan telah mendapat tikus sebagai hadiah. Selepas tamat sahaja waktu perlindungan, tiba2 anda ternampak 1 serangan sedang mengarah ke kampung anda. Mode serangan adalah serbuan dan dari seorang player teuton yang berdekatan dengan kampung anda. Wew.Sebaik sahaja serangan sampai, anda melihat pada report dan tertulis tikus anda telah mati dan sumber telah dicuri. Stress betul la. Selang beberapa saat/minit, keluar lagi 1 serangan dari player sama. Apa yang perlu anda buat kalau mengalami hal ini?

    Ok, first thing first. Dah banyak guide yang menerangkan seperti yang saya tulis ni kat sini. Tapi, apa yang saya nak sampaikan dekat sini adalah berdasarkan sudut pandang dari seorang raider/farmer dan bukan dari seorang player yang bermain type defense. Jadi, pada guide ni, saya akan memberitahu beberapa tips yang boleh digunakan kalau terdapat player teuton rakus yang ingin mencuri sumber anda. Diharap guide ni dapat membantu player-player yang baru nak belajar dari menjadi mangsa-mangsa farm player2 yang telah lama bermain.Mungkin terdapat beberapa khilaf dalam guide ini tetapi akan diperbetulkan kalau ada masa

    kalau ada pertanyaan, tambahan, atau kritikan,sila la post disini k

    Bahan-bahan yang diperlukan

    • bina cranny
    • train defense troops
    • join ally
    • igm
    • lain-lain


    Bina cranny

    pastikan anda telah mempunyai cranny yang secukupnya untuk menghalang dari raider2 mencuri resource anda. untuk puak gaul, 1 cranny leh protect sebanyak 2000 resource dan puak2 lain 1000.so, make sure cranny anda boleh cover limit dari simpanan warehouse dan granary.

    biasanya, player teuton akan stop menyerang atau serbu kampung anda jika sentiasa tidak dapat apa2 dari anda. tetapi, mereka akan membiarkan anda untuk seketika untuk membenarkan anda membesarkan lagi warehouse supaya simpanan warehouse anda melebihi kapasiti yang boleh disimpan oleh cranny. jadi anda perlu sentiasa memastikan cranny anda dapat cover limit warehouse.

    selepas beberapa minggu, raider2 akan menggugut diprofail masing2 dengan cranny = cata. abaikan apa yang ditulis kerana raider memang tiada masa nak kirim cata untuk melawat kg anda melainkan anda bersebelahan dengan mereka.kalau player tersebut memang berdekatan dengan anda, make sure anda telah mempunyai troops yang banyak untuk menghadapi saat-saat getir ini.

    Train defense troops


    setelah cranny anda siap, step yang seterusnya adalah melatih askar. Askar apa yang perlu saya train ek?

    anda perlu tahu askar mana yang perlu digunakan untuk serangan dan askar mana untuk pertahanan.ini supaya askar2 tersebut tidak mati dengan sia2. ramai orang menganggap spy tidak begitu penting. ingin saya ingatkan, train spy sebanyaknya supaya dapat menghalang musuh dari mengintai jumlah pasukan yang ada dan melihat sumber yang ada. kalau raider melihat spy mereka mati, biasanya mereka akan stop menyerang kerana menganggap anda mempunyai banyak askar.
    train sekurang-kurangnya 30 spy untuk setiap kampung kalau nak selamat.

    Gaul

    Adalah bagus jika anda dapat mengkombinasi penggunaan perangkap dan phalanks. ini kerana kerugian yang diderita oleh teuton amat besar jika separuh dari askar mereka diperangkap dan separuh lagi dibunuh oleh phalanks. kalau hanya bina perangkap sahaja, player teuton biasanya akan mengirim lagi satu wave untuk bebaskan askar2 diorang.jadi amat penting kalau phalanks dapat digunakan dengan perangkap yang ada untuk mempertahankan kampung anda.

    Tapi puak teuton jarang raid gaul di awal2 game kerana takut dengan perangkap. so, guna kan masa yang ada untuk bina perangkap and train phalanks sebanyak mungkin.


    Rom
    diawal server, biasanya player rom akan melatih pasukan pertama mereka dari unit askar legion dan setelah beberapa hari, baru mereka start melatih pengawal pertahanan. pada permulaan, train askar legion supaya dapat menahan asakan dari clubswinger. jika player tersebut tetap melakukan serbuan dan menyapu habis askar legion, fikirkan untuk research pengawal pertahanan secepatnya. bina rumah agam wira dan train hero dari pengawal pertahanan dan naikkan poin yang ada pada pertahanan. dengan cara ini, banyak cs yang akan mati sewaktu melawat kampung anda

    Teuton
    di awal server, puak teuton sentiasa menjadi target oleh puak teuton lain. kalau anda kurang aktif, pasti akan diserbu berulang kali sehingga tidak mampu berkembang. apa yang anda boleh lakukan adalah bina cranny dan sarana untuk melatih paladin. askar lembing tidak terlalu membantu untuk mempertahankan kampung anda. jangan gunakan cs anda utk def kerana ia senang dibunuh. latih spy sebanyak mungkin.jika anda mempunyai rakan dari puak gaul atau rom yang berdekatan, minta bantuan mereka untuk mempertahankan kampung anda kerana pada awal server, anda merupakan puak terlemah untuk def melainkan bermain secara agresif dan counter setiap serbuan yang datang ke kampung anda

    Join Ally

    kalau anda mengikut quest, di akhir tugas akan meminta anda untuk menyertai mana-mana persekutuan atau mengasaskan perseukutuan. jadi, apa yang anda perlu buat adalah cukup dengan membina kedutaan dan memasuiki persekutuan yang ada. Jangan mengasaskan persekutuan kalau anda tidak mempunyai kawan untuk join persekutuan anda. Pilih ally yang telah mempunyai ramai ahli dan anggota2 ally tersebut dekat dengan kampung anda. ini akan memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti def pada saat diserang. jika anda merasakan pop anda telah tinggi dan mempunyai beberapa troops dan sudah tidak menjadi farm, cuba apply untuk bergabung dengan ally yang mempunyai rank tinggi.ini membolehkan anda menerima perlindungan yang lebih kerana berlindung di bawah top ally sekaligus mudah untuk mengembangkan kampung dengan aman

    jika masih di farm, minta ketua ally anda untuk berdiplomasi dengan raider tersebut. ini mungkin dapat melembutkan hati beliau dan menimbulkan rasa gerun kerana takut di gang bang. dan jika cara diplomasi tidak berjaya, lihat step di bawah ini.

    Gang bang! ini merupakan teknik yang sering dilakukan setelah anggota2 dari sesebuah persekutuan diserang oleh raider. teknik ini boleh dilakukan untuk memberi amaran kepada raider tersebut. tetapi awas!! setelah anda melakukan gang bang, biasanya raider akan menyimpan dendam dan akan membalas serangan yang lebih banyak kepada farm tersebut. fikir kan dahulu sebelum melakukan teknik ini ok

    kalau ally dari raider tersebut mempunyai wing atau konfed, mohon dengan pantas untuk join ally tersebut kerana raider pasti tidak dapat menyerang konfed atau PTA mereka.hehehe


    IGM

    Singkatan dari In-Game Message. so,kalau anda merasakan bahawa anda adalah seorang yang aktif dan raider tersebut hanya membuang masa untuk raid kampung anda, igm dengan sopan dan katakan bahawa anda seorang yang aktif dan dia hanya membuang masa dengan menyerbu kampung anda. kalau raider tersebut adalah seorang yang sopan dan ada banyak masa untuk melayan igm anda, pasti mereka akan berkata, sorry, saya perlukan sumber dan saya menyerbu semua desa yang berdekatan. katakan pada dia ok dan biar raider tersebut mempertimbangkan kebenaran yang telah diperkatakan oleh anda tadi. dia akan berhenti menyerbu setelah percaya bahawa dia tidak akan dapat apa-apa setelah berulang kali pulang dengan tangan kosong

    Jangan mencarut atau mengugut. ini akan menyebabkan anda lebih kerap diserang. jangan mengejek jika mereka tidak dapat apa-apa. ini akan menyebabkan mereka menyimpan id anda untuk dijadikan target sewaktu anda tidak online.jangan spam inbox mereka jika igm telah dibaca tetapi tidak membalasnya. ini mungkin kerana sibuk mencari farm2 untuk di raid. jika igm anda telah dibaca,raider tersebut tidak membalas igm dan serangan masih tetap datang ke kampung anda, jangan segan silu untuk melaporkan kepada encik multihunter (MH) supaya akaun mereka dapat dipantau. kemungkinan player tersebut menggunakan skrip atau bot.

    tulis subjek pada igm anda. raider tidak mempunyai masa untuk membaca semua igm dari farm2 mereka melainkan igm tersebut mempunyai tajuk. kebiasaannya raider akan delete igm jika merasakan igm anda tidak mempunyai kepentingan kepada mereka
    Last edited by arcobaleno; 10-20-2010 at 10:06 PM. Reason: edit guide

  2. #2
    Kapten arcobaleno's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    in my room
    Posts
    544

    Default


    Lain-lain


    untuk mengelabui mata para raider, naikkan pop anda setinggi yang boleh. tapi make sure cranny anda telah siap untuk cover warehouse. setelah pop anda tinggi dan raider tidak mendapat apa2, kumpul def pada kampung anda (minta dari rakan atau def troops sendiri). raider akan berfikir yang anda adalah seorang yang aktif dan telah mempunyai banyak troops dan mereka tidak akan mengganggu kampung anda lagi.

    terdapat segelintir raider menggunakan log report untuk mengirim serbuan/serangan.jika serangan raider tersebut telah sampai ke kampung anda, ganti nama kampung anda sama dengan nama kampung jiran anda. raider akan berfikir yang dia telah tersalah kirim serbuan itu dan terus delete report serangan ke kampung anda itu tadi. secara automatic, nama kampung anda telah dikeluarkan dari list farming mereka cara ini hanya berjaya jika raider tersebut menggunakan report untuk farm. kalau mereka menggunakan kelab emas, mungkin xberjaya.hehe

    terdapat beberapa teknik yang boleh dilakukan antaranya dodge dan counter. dodge dilakukan untuk mengelakkan askar anda mati dari diserang dengan cara mengirim mereka ke desa berdekatan dan memanggil mereka pulang selepas serangan penyerang telah sampai ke kampung anda. counter pula adalah teknik yang digunakan untuk mengiring askar penyerang tadi pulang ke kampung mereka dengan harapan dapat membunuh askar itu tadi. tergantung dengan unit yang ingin digunakan untuk counter, anda perlu mengira waktu yang diperlukan supaya askar anda dapat sampai ke kampung musuh sekurang-kurangnya 2 saat setelah askar musuh sampai ke kampung mereka.

    cari dual atau sitter supaya akaun anda terjaga 24jam. ini kerana waktu malam merupakan waktu yang paling efisien untuk raider mencuri sumber anda.so,hati-hati pada player yang production per hour dah mantap and xde cranny. anda mungkin akan menjadi target pada waktu2 macam ni. pastikan anda dapat check akaun anda sekerap mungkin supaya setiap sumber yang ada dapat digunakan semuanya. tidur-tidur ayam dan gunakan gold jika perlu.

    cuba lihat pada profail raider tersebut.adakah dia memerlukan personal defender? jika ya, cuba igm raider tersebut dan apply untuk menjadi personal defender mereka. kalau anda memerlukan perlindungan yang lebih, cuba mohon untuk menjadi defender untuk top attacker atau top robber. pastikan anda memenuhi kriteria yang dia mahu. kalau anda puak teuton, tidak perlu guna cara ini kerana anda pasti tidak akan diterima. jika telah diterima, pastikan anda sentiasa mengirim defense yang diingini mereka supaya anda kekal berada dalam protection list .tulis pada profail anda yang anda adalah personal defender kepada player tersebut supaya raider2 lain tidak berani mengganggu anda

    p/s: perkataan yang telah di italic kan merupakan keyword untuk point2 yang ingin disampaikan.thanks kepada Faris Azri atas tambahan info dan tips

    Q & A
    1. saya dah buat semua kat atas, tapi still kena serang juga. apa yang perlu saya lakukan ek?
      train def sebanyaknya dan dodge setiap serangan. setelah def troops sudah ada 100 dan ke atas, tahan serangan mereka dan pasti raider serik untuk serbu anda.
    2. saya dah buat seperti yang anda jelaskan kat soalan atas ni,tapi dia send 2nd wave and sapu semua def yang ada.apa yang perlu saya buat?
      seperti yang telah saya jelaskan pada guide di atas, adalah amat penting untuk anda melatih spy. ini kerana jika raider melihat cs mati pada report, mereka akan menghantar spy untuk melihat jumlah troops yang ada, dan jika mereka tahu jumlah troops anda dan raider tersebut mempunyai banyak askar, pasti mereka akan menghantar serangan susulan supaya farm2 mereka sentiasa bersih dari def. oleh itu, nasihat saya, train spy sebanyak mungkin dan reinforce setiap desa yang anda ada.
      selain itu, tengok mode serangan dia.serbu atau serangan normal? if serangan normal means player tu nak clearkan def anda. if dia guna mode serbu, tahan saja serangan dia.
    3. saya dah counter, tapi still kena serang.apa yang perlu saya buat?
      kalau anda counter, pastikan anda counter sekerap mungkin setiap serangan mereka supaya mereka tahu yang anda aktif. kirim dalam jumlah yang memadai pada setiap counter kerana anda tidak ingin askar anda pula yang mati
    4. macam mana saya nak dodge kalau saya xonline?
      soalan ini susah sikit. pastikan anda ada dual/sitter yang mampu untuk membantu anda dodge sewaktu anda tidak online.kalau anda tidak mempunyai dual atau sitter, gunakan gold untuk melakukan dodge (baca pada panduan atau travian faq untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang feature gold ini)
    5. saya dah buat semua dah,tak tau nak buat ape lagi.tolong!!
      delete id anda.daftar sekali lagi supaya jauh dari raider tersebut. pilih puak yang betul2 sesuai dengan cara main anda.jangan guna teuton kalau anda tidak aktif
    Last edited by arcobaleno; 10-20-2010 at 10:09 PM. Reason: edit guide
    arcobaleno
    at your service

  3. #3
    Lans Koperal MiuMiu's Avatar
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    12

    Thumbs up

    WOW!! TIPS YG SGT BAGUS...ehehehe
    xda tips yg lagi bagus tuk farms kalau bukan dari raider sendiri
    Quote Originally Posted by cekaro View Post
    Intro

    Bina cranny

    biasanya, player teuton akan stop menyerang atau serbu kampung anda jika sentiasa tidak dapat apa2 dari anda. tetapi, mereka akan membiarkan anda untuk seketika untuk membenarkan anda membesarkan lagi warehouse supaya simpanan warehouse anda melebihi kapasiti yang boleh disimpan oleh cranny. jadi anda perlu sentiasa memastikan cranny anda dapat cover limit warehouse.

    selepas beberapa minggu, raider2 akan menggugut diprofail masing2 dengan cranny = cata. abaikan apa yang ditulis kerana raider memang tiada masa nak kirim cata untuk melawat kg anda melainkan anda bersebelahan dengan mereka.kalau player tersebut memang berdekatan dengan anda, make sure anda telah mempunyai troops yang banyak untuk menghadapi saat-saat getir ini.
    betul2
    Quote Originally Posted by cekaro View Post
    Train defense troops

    anda perlu tahu askar mana yang perlu digunakan untuk serangan dan askar mana untuk pertahanan.ini supaya askar2 tersebut tidak mati dengan sia2. ramai orang menganggap spy tidak begitu penting. ingin saya ingatkan, train spy sebanyaknya supaya dapat menghalang musuh dari mengintai jumlah pasukan yang ada dan melihat sumber yang ada. kalau raider melihat spy mereka mati, biasanya mereka akan stop menyerang kerana menganggap anda mempunyai banyak askar.
    train sekurang-kurangnya 30 spy untuk setiap kampung kalau nak selamat.
    saya setuju!
    Quote Originally Posted by cekaro View Post

    Gaul

    Adalah bagus jika anda dapat mengkombinasi penggunaan perangkap dan phalanks. ini kerana kerugian yang diderita oleh teuton amat besar jika separuh dari askar mereka diperangkap dan separuh lagi dibunuh oleh phalanks. kalau hanya bina perangkap sahaja, player teuton biasanya akan mengirim lagi satu wave untuk bebaskan askar2 diorang.jadi amat penting kalau phalanks dapat digunakan dengan perangkap yang ada untuk mempertahankan kampung anda.

    Tapi puak teuton jarang raid gaul di awal2 game kerana takut dengan perangkap. so, guna kan masa yang ada untuk bina perangkap and train phalanks sebanyak mungkin.
    yup2 (angguk2)

    Quote Originally Posted by cekaro View Post
    IGM

    Singkatan dari In-Game Message. so,kalau anda merasakan bahawa anda adalah seorang yang aktif dan raider tersebut hanya membuang masa untuk raid kampung anda, igm dengan sopan dan katakan bahawa anda seorang yang aktif dan dia hanya membuang masa dengan menyerbu kampung anda. kalau raider tersebut adalah seorang yang sopan dan ada banyak masa untuk melayan igm anda, pasti mereka akan berkata, sorry, saya perlukan sumber dan saya menyerbu semua desa yang berdekatan. katakan pada dia ok dan biar raider tersebut mempertimbangkan kebenaran yang telah diperkatakan oleh anda tadi. dia akan berhenti menyerbu setelah percaya bahawa dia tidak akan dapat apa-apa setelah berulang kali pulang dengan tangan kosong

    Jangan mencarut atau mengugut. ini akan menyebabkan anda lebih kerap diserang. jangan mengejek jika mereka tidak dapat apa-apa. ini akan menyebabkan mereka menyimpan id anda untuk dijadikan target sewaktu anda tidak online.
    hahahaha..yg ni paling bagos

  4. #4
    Kapten arcobaleno's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    in my room
    Posts
    544

    Default

    Quote Originally Posted by MiuMiu View Post
    WOW!! TIPS YG SGT BAGUS...ehehehe
    xda tips yg lagi bagus tuk farms kalau bukan dari raider sendiri
    haha.thanks. hopefully lebih banyak player leh survive dari menjadi mangsa onar raider2 yang ada la lepas ni
    arcobaleno
    at your service

  5. #5
    Lans Koperal MiuMiu's Avatar
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    12

    Default

    Quote Originally Posted by cekaro View Post
    haha.thanks. hopefully lebih banyak player leh survive dari menjadi mangsa onar raider2 yang ada la lepas ni
    alamakk!! susah lah pulak nak carik makan pasni
    LOVE ME NOT

  6. #6
    Kapten arcobaleno's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    in my room
    Posts
    544

    Default

    Quote Originally Posted by MiuMiu View Post
    alamakk!! susah lah pulak nak carik makan pasni
    haha. leh punya cari makan. banyak lagi cara farming untuk teuton. lepas ni maybe akan tulis guide untuk teuton lak. even kat forum ni dah ade beberapa guide teuton, tapi saya still akan tulis dan selitkan beberapa tips lain yang mungkin berguna untuk jadi top raider and attacker
    arcobaleno
    at your service

  7. #7
    Lans Koperal MiuMiu's Avatar
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    12

    Default

    Quote Originally Posted by cekaro View Post
    even kat forum ni dah ade beberapa guide teuton, tapi saya still akan tulis dan selitkan beberapa tips lain yang mungkin berguna untuk jadi top raider and attacker
    kt thread yg mana pulak tu? bg ar link..byk sgt thread, malas nk buka satu2 lak.

    tips tuk gaul xda ke? nk belajar guna gaul lak pasnii..so nk belajar camna nk jadikan gaul top raider masa server mula2 buka
    LOVE ME NOT

  8. #8
    Kapten arcobaleno's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    in my room
    Posts
    544

    Default

    Quote Originally Posted by MiuMiu View Post
    kt thread yg mana pulak tu? bg ar link..byk sgt thread, malas nk buka satu2 lak.

    tips tuk gaul xda ke? nk belajar guna gaul lak pasnii..so nk belajar camna nk jadikan gaul top raider masa server mula2 buka
    haha.kena la cari.still kat subforum tips and panduan jugak.kalau aku tunjuk mana satu thread tu, xlaku la guide teuton aku nanti ekekek.gurau2. faquarl and faris kene bagi ak rep r pasal promote thread diorang

    agak susah nak jadikan gaul as top raider.but once dah dapat momentum buat TT and dah dapat bunuh raider2 teuton kat sekeliling kg kita, time tu baru gaul dapat beraksi. kalau nak tips untuk gaul, try tanya kat Faris Azri. dia pakar untuk cara main gaul
    arcobaleno
    at your service

  9. #9
    Lans Koperal MiuMiu's Avatar
    Join Date
    Dec 2009
    Posts
    12

    Default

    Quote Originally Posted by cekaro View Post
    agak susah nak jadikan gaul as top raider.but once dah dapat momentum buat TT and dah dapat bunuh raider2 teuton kat sekeliling kg kita, time tu baru gaul dapat beraksi. kalau nak tips untuk gaul, try tanya kat Faris Azri. dia pakar untuk cara main gaul
    makasi bro..tapi tu bukan tuk speed server ke?
    saya nak normal server..apa2 pun makasi atas bantuan bro
    hahaha..saya kena carik sendiri laa nii jugak
    LOVE ME NOT

  10. #10
    Pegawai Waren I Faris Azri's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Malacca, Malaysia
    Posts
    336

    Default

    Basic Defence;
    1. pilih tribe yg sesuai (gaul yg plg baik)
    2. def troops only!
    3. loads of cranny utk sorok ress wat 2nd vill
    4. try msk top ally
    5. make friends with ur neighbors
    6. offer urself as private defender to top 10 robber/raider (dapat protection)
    7. daftar lmbt ckit (jauh dr pro player)
    8. profile jgn nmpk gempak sgt (nmpk cm noob, biar kosong lg baik. klo ko private defender utk top10 player, plz ckp kat profile dan ubah nama kg kpd PD nama player)
    9. pop jgn biarkn sama lebih dr 1 ari
    10. ubah nama kg setiap kali kena attack
    11. jgn maki2 player yg menyerang -sabar, masa byk lg-
    12. bila kne attack, jgn biarkn ress diambil walaupon 1wood/clay/iron/crop., sbb robber xsuka dpt report kosong, so dy mungkin berhenti
    13. jgn def dgn 10 troops., try kumpul sebanyak mungkin
    14. daftar nick tu jgn la noob sgt smpy pakai nama power ranger., sbb player akan pandang ko cm bdk2., xserius men.,
    15. paling penting! jangan pakai teuton utk def!
    16. klo suma di atas xberkesan, sila delete acc dan cuba lg

    tq.
    Last edited by Faris Azri; 10-19-2010 at 09:51 PM. Reason: salah type

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •