Kepada Pemain,
Melalui IGM ini, kami ingin memaklumkan bahawa perubahan pada Terma & Syarat Umum adalah demi memastikan perlindungan ke atas data berkaitan anda.
Kami sangat komited dalam memastikan data anda selamat dengan kami. Bagi tujuan ini, kami akan mengemaskini Polisi Privasi pada 1 November 2010 dan memperkenalkan peraturan dalaman sedunia yang akan menjamin perlindungan data dan memenuhi kehendak Peraturan Perlindungan Data Eropah.
Travian Games membuat perubahan ini demi memastikan perlindungan data sedunia yang sama rata dan seragam serta mengikut standard Eropah.
Perubahan Polisi Privasi ini adalah atas persetujuan dan tanggung-jawab Pegawai Perlindungan Data Travian Games GmbH.
Kami perlu memastikan Terma & Syarat Umum kami menyaingi semua perubahan hukum undang undang. Dengan itu, kemaskini ini akan bermula pada 1 November 2010. Versi baru Terma % Syarat Umum dan Polisi Privasi adalah seperti berikut:
Terma & Syarat Umum Travian Games GmbH
dan
Polisi Privasi
Versi lama yang masih terpakai sehingga 31 Oktober adalah seperti berikut:
Terma & Syarat Umum Travian Games GmbH
dan
Polisi Privasi
Jika anda tidak lagi berminat bermain permainan Travian Games GmbH disebabkan perubahan Terma & Syarat Umum Travian Games GmbH dan Polisi Privasi ini, anda boleh menolaknya dengan menutup akaun sebelum tarikh akhir 30 Oktober 2010. Terma & Syarat Umum Travian Games GmbH dan Polisi Privasi baru akan dianggap sebagai diterima anda jika anda masih terus bermain bermula dari 1 November 2010.
Tulus Ikhlas,
Robin Houben
Pegawai Perlindungan Data
Florian Bohn
Pengarah Urusan
P.S. Dukacitanya dimaklumkan kami masih belum dapat menyediakan Terma & Syarat Umum Travian Games GmbH dan Polisi Privasi baru dalam semua bahasa. Kami akan cuba memperbaiki kelemahan ini secepat mungkin.
Bookmarks