Results 1 to 2 of 2

Thread: Di Sebalik Tabir : Travian Dan Perisikan

  1. #1
    Pegawai Waren I Faris Azri's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Malacca, Malaysia
    Posts
    336

    Default Di Sebalik Tabir : Travian Dan Perisikan

    Panduan ini telah diterjemahkan dari forum IN yang telah dibuat oleh Nichts. Terima kasih kepada beliau kerana telah membuat panduan tersebut.

    Di Sebalik Tabir
    Travian Dan Perisikan

    Pendahuluan
    Sejak dari dahulu lagi, mengenali seseorang musuh adalah sesuatu yang amat berharga. Boleh dikatakan bahawa manusia menjadi spesies yang dominan di bumi kerana kita mampu memahami, memusnahkan atau menakluk begitu banyak musuh kita, dari segi semula jadi mahupun buatan manusia.

    Dari segi peperangan, ini menjadi perkara yang jauh lebih penting. Pemimpin dalam kedua-dua belah pihak sentiasa mahu mengetahui apa yang musuh mereka rancang. Sama ada mereka mahu menempatkan pasukan di tempat yang memerlukannya, melancarkan serangan ketika musuh masih belum bersedia, atau membawa bantuan dari tempat lain. Oleh sebab itu, maklumat mengenai musuh menjadi komoditi penting.

    Tidak menghairankan jika seseorang perisik wujud di dalam dunia Travian. Mereka akan berkongsi apa sahaja jika mereka diberi peluang, dengan harapan membuatkan pihak yang dibantu menjadi pemenang.

    Berikut ialah satu perspektif terhadap perisikan dan Travian. Ianya bukan pengakhiran semata-mata. Lebih jauh dari itu. Saya sendiri menganggap bahawa ia adalah seperti 'telur di hujung tanduk'. Perisik yang baik adalah sangat kreatif, jadi apa yang saya tulis di sini mungkin tidak berlaku lagi.

    Perisikan mungkin kelihatan menghiburkan bagi segelintir pihak, tetapi sering tertangkap menjadi suatu perkara yang mengerikan. Bukan hanya akaun perisik akan ditarbil, perisik yang dikenali mungkin akan menderita daripada reputasi yang buruk di kalangan komuniti, bahkan dianggap tidak boleh dipercayai.

    Perisikan adalah seperti bermain dengan api. Ia kelihatan cantik, sehingga anda dibakar olehnya.

    Kebocoran Maklumat
    Jumlah maklumat yang boleh didapati dan dikongsi dalam Travian adalah menakjubkan, jadi apakah cara yang lebih baik untuk memulakan perjalanan dalam perisikan, daripada melihat maklumat yang boleh disebarkan?

    Seorang perisik yang baik dapat mengakses:

    1. Pengiraan jumlah tentera (troops counts) untuk setiap kampung dalam persatuan.
      Perkara ini menjadi amat penting dalam masa peperangan apabila terdapat misi memusnahkan musuh sebanyak mungkin. Penemuan kampung yang dibela dengan teruk dan penting kepada persatuan merupakan aset yang luar biasa bagi siapa saja yang menyelaraskan serangan. Penyerang mungkin berjaya memusnahkan kampung utama musuh kerana kelambatan 3 jam atau 48 jam perjalanan pembela ke kampung yang diserang.
    2. Laporan pertempuran yang menunjukkan kerosakan dan kerugian.
      Kebiasaannya bagi pihak yang tiada perisik, memastikan bahawa sesuatu kampung (biasanya kampung hammer atau 15c) cukup dirosakkan berdasarkan pada tekaan. Sekali lagi, kemampuan untuk menyampaikan seberapa banyak kerosakan yang dibuat menjadi perkara penting semasa perang. Seorang perisik mampu mengumpulkan semua laporan pertempuran penting, mengabaikan semua yang tidak penting, dan menyampaikannya pada pada masa yang sama. Ini menjimatkan masa penyerang, dan membuatkannya menyerang dengan lebih cekap.
    3. Mass Mesej
      Mass Mesej (MM) merupakan cara yang sangat baik bagi pemimpin untuk berkomunikasi dengan ahli persatuannya. Mereka sering menghantar MM untuk memberitahu ahli persatuannya jika ada sesuatu perubahan yang dibuat (dasar, kepimpinan, politik dan ketenteraan, diplomasi, dll). Ini menjadi cara yang penting bagi persatuan yang lain untuk mengetahui apa yang terjadi dalam persatuan yang mempunyai perisik mereka. Oleh itu, perancangan pada masa akan datang dapat dibuat oleh persatuan tersebut disebabkan oleh kepentingan perisikan, bermula dari jumlah tentera kepada diplomasi musuh mereka.
    4. Berita Di Forum
      Ada segelintir persatuan yang mempunyai forum luar tersendiri. Ini kerana MM dianggap tidak selamat kerana adanya risiko perisikan, jadi off-site forum diciptakan sebagai cara untuk membincangkan maklumat penting, dan dirahsiakan dari persatuan yang lain.

      Seorang perisik yang mempunyai akses forum adalah perisik yang sangat berharga. Kerana off-site forum dianggap sebagai lebih selamat daripada MM, pemain sering membincangkan maklumat yang boleh dibocorkan oleh perisik tanpa menyedarinya. Semuanya dari perancangan, laporan pertempuran, kepada jumlah tentera kadang-kadang dibincangkan di forum persatuan. Tetapi perisik juga boleh mengetahui maklumat halus tentang keadaan persatuan.

      Adakah ramai orang mengadu kerana diserang? Adakah persatuan tidak membantu dalam serangan? Adakah forum tidak digunakan? Adakah pemimpin aktif? Kurangnya aktiviti oleh para pemimpin mungkin membuatkan ahli persatuan bersedia untuk beralih persatuan. Oleh itu, persatuan yang berada di sekitar akan menjadi lebih baik dari persatuan yang sedia ada. Maklumat-maklumat khas seperti ini adalah amat penting bagi perisik untuk menjatuhkan persatuan tersebut.


    Perlakonan Yang Licik
    Terdapat kesalah fahaman umum di kalangan pemula baru (newbies) tentang perisikan, Travian, sebab dan akibatnya. Perisikan dilakukan dalam beberapa bentuk oleh semua/sebahagian persatuan yang berada di kedudukan atas. Kerana atas kelebihan yang dapat dapat diberi, ia adalah impian bagi mana-mana persatuan yang dipimpin dengan baik. Tiada persatuan yang akan mengakui bahawa mereka menghantar perisik kerana konotasi negatif yang berkaitan dengan itu.

    Seorang perisik mempunyai dua tujuan: perisikan, dan kontra-perisikan. Yang pertama melibatkan pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber, dan menghantarkannya ke persatuan lain. Sering kali, perisik ini menjawat jawatan penting dalam persatuannya, dan akan menerima laporan dari pemain lain. Perisik ini juga mungkin boleh menentukan dan mencadangkan rancangan dalam kepimpinan.

    Dalam peranan kontra-perisikan, perisik berfungsi sebagai kaedah utama membasmi pembocor rahsia dalam persatuan sebenarnya. Saya akan menjelaskan dengan lebih lanjut secara terperinci di bawah.

    Seperti yang tertera di atas, perisik merupakan sesuatu yang berbahaya. Hal ini boleh menyebabkan seperti kehilangan akaun, reputasi, dan kepercayaan. Perisik harus melakukan tugas, tanpa menyampaikan maklumat yang akan menunjukkan siapakah mereka. Berikut adalah beberapa cadangan tentang cara untuk mencapai hal ini:

    • Jangan menyalin semula (copy and paste) mesej apa pun secara langsung. Bukan dari MM, dan bukan dari forum. Persatuan yang diintip mungkin juga memiliki perisik dalam persatuan lain juga, dikhuatiri mesej yang disalin semula tersebut tiba di tangan persatuan asalnya, tidak hanya akan menimbulkan perasaan berhati-hati tentang kehadiran perisik, tetapi juga berpotensi menjadikan mesej tersebut untuk mengesan perisik tersebut.
    • Jumlah tentera boleh diperolehi dengan melihat log serangan persatuan. Biasanya, jika persatuan musuh memerlukan maklumat ini, mereka akan menghantar serangan palsu (fake attacks), dan meminta perisik melihat jumlah tentera kampung yang diserang. Untungnya, setiap laporan hanya berkos 1 unit tentera, namun laporan serangan hanya mengandungi maklumat mengenai tentera dan bukan pada struktur.
    • Penjaga akaun (Sitter) adalah masalah besar bagi perisik.
      Penjaga akaun boleh menyemak In Game Messages (IGM). Seorang perisik yang baik tidak akan bergantung pada IGM. Sebaliknya, perisik tersebut akan melaporkan maklumat melalui MSN, YM, Skype, dll untuk langkah berjaga-jaga. Beberapa persatuan akan membentuk Peraturan dua penjaga akaun dalam usaha untuk menyemak maklumat antara satu sama lain. Ini tidak akan mempengaruhi perisik yang baik kerana tidak akan ada jejak perisikan maklumat dalam akaun mereka. Namun, untuk menambah kepastian, penyelaras perisik yang baik akan memilih untuk memiliki dua perisiknya menjadiakan diri mereka sendiri sebagai penjaga akaun. Jika perisik tersebut setia, ini adalah idea bagus untuk menghilangkan semua kemungkinan kebocoran maklumat. Namun, terdapat juga perisik yang berkhidmat untuk kedua-dua belah pihak, dan ini akan mendedahkan siapa perisik anda yang lain. Jadi hati-hati.
    • Jika suatu masa perisik atau penyelarasnya merasa bahawa perisik dalam keadaan bahaya, perbincangan harus dibuat untuk memutuskan bahawa perisikan harus diteruskan atau tidak. Kadang-kadang ia adalah idea yang baik untuk menghentikan perisikan, tapi kadang-kadang ia adalah idea yang buruk.
    Last edited by Faris Azri; 12-15-2010 at 01:52 AM.

  2. #2
    Pegawai Waren I Faris Azri's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    Malacca, Malaysia
    Posts
    336

    Default

    Menjaga Maklumat Dengan Selamat

    Saya sudah menyentuh tentang kenyataan bahawa sebahagian besar persatuan menggunakan perisik, oleh itu saya boleh mengatakan bahawa hampir semua persatuan mempunyai perisik musuhnya.

    Kebiasaannya, ia menjadi mustahil untuk menyingkirkan perisik-perisik yang terlalu ramai. Apabila sebuah persatuan mempunyai ratusan ahli, segelintir ahli yang tidak berpuas hati mampu untuk membocorkan maklumat dengan banyak. Jangan sesekali percaya dan yakin bahawa persatuan anda tidak ada seorang pun perisik, kecuali persatuan anda adalah sangat kecil sehinggakan anda boleh 100% percaya dan yakin bahawa tiada perisik di antara mereka.

    Dengan cara ini, ianya bukan untuk menghindar dari perisikan, bahkan mahu mencegah seberapa efektif tindakan mereka :

    • Pembahagian ahli persatuan kepada jumlah yang lebih kecil adalah sangat penting. Ini adalah untuk memastikan maklumat dihantar menerusi MM atau forum luar diberikan kepada persatuan tertentu. Contoh; Persatuan 1 memberi maklumat kepada persatuan 1,2,3. Semua maklumat yang diberikan adalah berlainan. Didapati maklumat dari persatuan 2 disampaikan ke tangan musuh. Maknanya, seorang atau beberapa perisik mesti berada di situ. Oleh itu, tendakan kepada pembahagian persatuan boleh dibuat dan langkah yang sama akan diulangi. Matlamatnya adalah untuk membanteras perisik dalam kalangan persatuan.
    • Jangan sesekali memberitahu orang lain maklumat yang penting seperti plan peperangan. Hanya memberitahu mereka apa yang perlu sahaja, seperti arahan untuk menghantar fake attack, dll.
    • Jika terdapat sebarang kebocoran, mungkin idea yang baik untuk menghebahkan maklumat yang salah. Segelintir persatuan akan melakukan ini. Bayangkan anda memberitahu maklumat yang salah kepada orang lain. Apabila seorang perisik menghantar maklumat yang tidak benar, persatuan yang mereka tolong akan menjadi curiga. Bergantung kepada berapa banyak kepercayaan yang mereka hilang, mereka mungkin tidak akan mempercayai maklumat dari perisik lagi, walaupun ianya benar. Oleh itu, kemenangan dapat dilihat kepada persatuan yang diintip.
    • Kebocoran maklumat juga dapat dilakukan di forum terbuka. Pemain veteran selalunya tidak percaya akan maklumat di forum luar. Walaupun selalunya benar, akan tetapi kita tidak akan mengenali penipuan jika ia tidak berlaku.


    Kesimpulannya

    Tugas seorang perisik bergantung kepada matlamat persatuan yang mereka khidmat. Kejayaan mereka dapat dilihat dari segi kemusnahan yang telah dibuat hasil pertolongannya. Dan sekarang, adakah anda percaya dengan ahli persatuan anda?

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •