Results 1 to 1 of 1

Thread: [FAQ] T4 Wira dan Pengembaraan

  1. #1
    Sarjan Rozar's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    tandas..
    Posts
    105

    Default [FAQ] T4 Wira dan Pengembaraan

    Soalan Lazim tentang Wira dan Pengembaraan



    Mengapa tidak ada Pengembaraan lagi dalam senarai saya?

    Pegembaraan hanya muncul secara separa-rawak sepanjang hari di semua pelayan T4 dan pengembaraan yang muncul itu adalah khusus untuk anda sahaja. Jumlah Pengembaraan yang di terima bergantung kepada berapa lama tempoh akaun anda telah aktif.

    Selepas mendaftar anda akan menerima 3 Pengembaraan,
    berikut adalah jumlah pengembaraan yang akan diterima seterusnya : (kurungan untuk pelayan speed)

    Hari 1 - 3: 3 Pengembaraan setiap hari (3 Pengembaraan setiap 8 jam)
    Hari 4 - 7: 2 Pengembaraan setiap hari (2 Pengembaraan setiap 8 jam)
    Hari 8-21: 1,2 Pengembaraan setiap hari (1,2 Pengembaraan setiap 8 jam)
    Hari 22 - akhir pelayan: 0,6 Pengembaraan setiap hari (0,6 Pengembaraan setiap 8 jam)


    Kenapa tiada ganjaran selepas Pengembaraan saya?

    Selepas 10 Pengembaraan pertama, ganjaran untuk pengembaraan seterusnya adalah rawak sepenuhnya. Anda mungkin akan menerima 10 helmet secara berturut-turut dan mungkin juga tidak menerima apa-apa ganjaran.
    Ini bukanlah kesilapan permainan, tetapi adalah untuk menambah risiko kepada sistem pengembaraan.


    Apa yang akan saya dapat di 10 pengembaraan pertama saya?

    dalam 10 pengembaraan pertama anda pasti akan menerima:

    1x Tiada
    1x Kuda
    2x Sumber
    2x Perak
    1x Askar (3 unit)
    1x Sejumlah sangkar
    1x Buku kebijaksanaan
    1x Sejumlah krim ubat


    Mengapa Wira saya tenat atau menerima banyak kecederaan?

    Faktor utama yang menentukan berapa banyak kecederaan yang diterima Wira dalam pengembaraan adalah kekuatan berperang mereka, Semakin tinggi kekuatan berperang semakin sedikit kecederaan yang diterima semasa pengembaraan. Dan semakin lama pengembaraan, ia akan menjadi semakin sukar. oleh itu anda perlu meningkatkan kekuatan berperang wira anda. Ia dapat dilakukan dengan menambah mata Kekuatan berperang wira anda ataupun melengkapkan mereka dengan peralatan yang dapat menambah kekuatan Wira.


    Apakah perbezaan antara Pengembaraan Sukar & Biasa?

    Terdapat 2 perbezaan utama antara pengembaraan Sukar dan Biasa. Pertama, pengembaraan Sukar akan memberikan anda 2 kali mata pengalaman. Dan kedua, kecederaan yang dialami wira juga jauh lebih tinggi dari pengembaraan Biasa.


    Bukankah perlu membina Rumah Agam Wira untuk melatih Wira?

    Tidak, di Travian 4 tujuan utama Rumah Agam Wira adalah untuk membolehkan anda menawan oasis,
    Ia tidak diperlukan lagi untuk melatih Wira.


    Adakah Oasis berubah di T4?

    Di Travian 4, oasis kini boleh menyimpan sehingga 4000 sumber daya berbanding 1600 dahulu. Di peta juga terdapat Zon Kelabu yang mempunyai Oasis yang akan memberikan 50% Kayu,Tanah liat,besi dan tanaman. Anda masih memerlukan Rumah Agam Wira tahap 10, 15 dan tahap 20 untuk menawan oasis.


    Adakah tahap Wira meningkat dengan cepat berbanding sebelum ini?

    Di Travian 4 jumlah pengalaman yang diperlukan untuk tahap Wira meningkat telah dikurangkan. Oleh kerana penambahan sistem Pengembaraan yang juga memberikan mata pengalaman, tahap Wira anda akan meningkat lebih cepat berbanding versi sebelumnya.


    Apakah perbezaan Wira antara Puak-puak?

    Terdapat dua faktor utama yang membuat Wira setiap puak berbeza antara satu-sama lain. Yang paling utama adalah senjata mereka, ada lima senjata unik untuk setiap puak dan hanya Wira puak tersebut dapat memakainya. Perbezaan kedua adalah kelebihan unik Wira itu. Berikut adalah kelebihan Wira untuk setiap Puak :

    Wira Rom: Kekuatan berperang meningkat sebanyak 100 untuk setiap mata, bukan 80!
    Wira Teuton: 20% bonus rampasan diberikan apabila Wira menyertai serbuan.
    Wira Gaul: Apabila menunggang kuda akan memberikan +5 kelajuan (+10 pada Speed).


    Berapa lama tempoh menghidupkan semula Wira?

    Jumlah masa yang diperlukan untuk menghidupkan kembali Wira adalah (tahap wira + 1) jam dan maksimum hingga 24 jam (12 jam untuk speed). Cth; Wira tahap 1 memerlukan 2 Jam tempoh menghidupkan semula.


    Bolehkah peralatan Wira saya dicuri / hilang / dirompak / diberikan?

    Peralatan dan barangan Wira tidak mungkin hilang atau dicuri dalam keadaan apapun. Namun anda boleh menjual peralatan anda di lelong dan siapa pun boleh membeli barangan anda.(termasuk musuh)


    Bilakah barangan berkualiti akan muncul?

    Level 1 - Hari 1 hingga 75
    Level 2 - Hari 75-165
    Level 3 - 165 Hari seterusnya


    Berapa penyelengaraan Tanaman untuk Wira?

    Semua Wira menggunakan 6 tanaman per jam untuk penyelengaraan.


    Serangan tiba tetapi Wira saya tidak mempertahankannya, mengapa?

    Dalam situasi ini, anda perlu memastikan yang anda tidak menanda "tidak mahu wira mempertahankan kampung yang didudukinya' di halaman Wira anda. Jika bahagian ini bertanda, Wira anda tidak akan mempertahankan serangan dan tidak akan mendapat mata pengalaman.


    Haiwan manakah yang terbaik untuk ditangkap?

    Setiap haiwan menawarkan kelebihan pertahanan infantri dan pasukan berkuda yang berbeza. Disini disediakan statistik setiap haiwan untuk memudahkan anda membuat keputusan :




    Sebarang soalan atau pertanyaan sila letakkan di ruangan > Pertanyaan Travian

    *credit / original guide : Steve10 @ travian.com

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •