Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 21

Thread: Cara dan strategi permainan t4

  1. #1

    Default reserve

    news: panduan akan disambung selepas mengkaji kebaikan/keburukan penulisan ini. ini disebabkan saya tidak berani memberikan 100% panduan kerana masih lagi di dalam permainan. atau anda tidak mahu panduan yang lengkap?

    travian bukan lagi pemainan yang mencabar dan menyeronokkan. dengan ingin meraih untung yang besar pemain gold telah merosakkan permainan ini secara keseluruhan. kanak-kanak dengan IQ >10 boleh bermain dengan menggunakan ibu jari kaki sahaja

    tulis dalam bm banyak memerlukan masa. harap bersabar. panduan akan disiarkan selepas disiap ataupun tidak akan disiarkan langsung sebab pening memakai bahasa baku!

    p/s: sebarang sumbangan kepada saya bolehlah disalurkan dgn menghubungi saya di skype : j0k3r.my

    Emas amatlah diperlukan oleh saya untuk mencuba strategi permainan baru dan menjadi lebih kreatif utk mencari kaedah yang berkesan di dalam travian. cthnya: membuka kg di kawasan kelabu, dll


    [Penafian]

    Panduan ini ditulis dan dibuat sepenuhnya oleh j0k3r dan ditulis khas untuk versi T4

    Sesiapa yang membaca panduan ini sepatutnya mengetahui bahawa panduan ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pandangan saya. Tiada yang benar dan tiada yang salah. setiap pemain mempunyai gaya dan strategi yang tersendiri.

    Anda boleh membaca panduan ini sebanyak mana yang anda inginkan tetapi anda dilarang sama sekali mengadili cara permainan saya dan

    Tiada keistimewaan mahupun bayaran dalam bentuk tunai mahupun gold diterima oleh pihak saya dari pihak travian Malaysia mahupun Travian Games GmbH dalam penghasillan panduan ini

    Sebarang ilustrasi yang terdapat di dalam panduan ini adalah sebahagiannya diambil dari laman-laman web yang lain


    [Pemulaan]

    Keseluruhan panduan ini ditulis di dalam Bahasa Melayu disebabkan kebanyakan pihak meminta supaya menterjemahkan panduan saya sebelum ini ke Bahasa Melayu.

    Code:
    http://forum.travian.com.my/showthread.php?6211-information-travian-guide-on-biggest-hammer-armies!
    Setelah lebih kurang 1 atau 2 tahun meninggalkan permainan travian, saya tidak berhasrat sama sekali untuk bermain kembali permainan ini kerana banyak memakan masa dan tidak dapat menyiapkan keseluruhan panduan tersebut.

    saya tidak akan menulis secara terperinci di dalam panduan ini. saya hanya akan menghuraikan secara ringkas dan anda sepatutnya melihat perkara tersebut berdasarkan persepsi anda

    A picture is worth a thousand words

    [Oasis]

    Kebanyakan pihak masih lagi tidak sedar akan kelebihan oasis pada versi T4 ini. oasis telah dinaikkan nilai sumbernya ke 4000. Dan jika oasis itu mengandungi 50%, ia akan mengandungi 8000 sumber!

    oasis 25% - 4000 sumber
    oasis 50% - 8000 sumber
    anda juga boleh meninjau oasis untuk melihat nilai sumber yang terdapat di dalam oasis berkenaan



    [Emas]

    Sejak versi terdahulu, penggunaan emas telah menimbulkan bnyk persoalan tentang keseimbangan permainan itu sendiri.

    untuk berjaya di dalam travian T4, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya 600 gold seminggu.

    Barang-barang yang sepatutnya dibeli:

    • hasil seni
    • topi gladiator
    • Baju Perisai Pemulihan
    • Peta Kecil


    Barang yang tidak sepatutnya dibeli:

    • Sangkar


    penggunaan emas yang tidak dikawal boleh menyebabkan hilangnya keseimbangan di dalam permainan. setiap perayaan yang menelan begitu banyak sumber kini boleh digantikan dengan hasil seni.

    [Hero]

    Hero pada versi ini amatlah dipandang rendah oleh sesetengah pihak yang tidak mengetahui kekuatan sebenar yang terdapat pada satu hero. hero dengan erti lain amatlah berkuasa. contohnya boleh menahan serangan lebih dari 50 askar. kelebihan ini sepatutnya digunakan oleh setiap pemain baru untuk menangkis setiap serangan dari musuh.

    hero juga amat berguna untuk mendapatkan emas percuma. dan boleh digunakan untuk membeli kumpulan emas yang amat berguna terutamanya kepada teuton. Kini dengan kumpulan emas, pemain teuton boleh tidur lena di malam hari tanpa memikirkan askar di dalam kampung.

    //bersambung
    Last edited by j0k3r; 06-26-2011 at 10:03 PM.

  2. #2
    Koperal Akuhanyut's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    ipoh
    Posts
    70

    Default

    Quote Originally Posted by j0k3r View Post
    tulis dalam bm banyak memerlukan masa. harap bersabar. panduan akan disiarkan selepas disiap ataupun tidak akan disiarkan langsung sebab pening memakai bahasa baku!
    x pe2... perlahan2 buat tu..
    janji nanti bila kuar guide, guide tu terbaekk..


  3. #3
    Kapten arcobaleno's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    in my room
    Posts
    544

    Default

    wow sifu.xsabar nak baca
    arcobaleno
    at your service

  4. #4
    Lans Koperal Cherry Pie's Avatar
    Join Date
    Sep 2010
    Location
    in front of the laptop
    Posts
    43

    Default

    waaa.. aku x pernah main t4.. pas kuar guide ni nanti boleh la mencuba t4.. haha

  5. #5
    WW HoldeR IMMORTAL™'s Avatar
    Join Date
    Nov 2009
    Location
    Johor Bahru, Johor, Malaysia
    Posts
    114

    Default

    Menarik membaca strategi & pengalaman orang lain (thumbs up)

    myx? AloneTP
    my1 4gbps
    my1 4SGbps™
    my1 HM-BrO™
    myx6 SE-DSF
    myx5 [AoW]-€
    myx4 DSx|HQ™
    myx3 RG|HQ™
    myx2 NWOxBrO!
    myx1 F-CrZ|Z™

  6. #6
    Lans Koperal Cherry Pie's Avatar
    Join Date
    Sep 2010
    Location
    in front of the laptop
    Posts
    43

    Default

    mana guidenye.. tak sabar dah nak mencubanya.. miahaha

  7. #7
    Lans Koperal
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    21

    Default

    jok3r , mari join my account in ts6 cherry pie, nak join ally SEAL tak?
    ctlee3 last my1. Playing InSpector in ts6

  8. #8

    Default

    wah. legend is here

    takut mau dual sama otai @@

  9. #9
    Lans Koperal Cherry Pie's Avatar
    Join Date
    Sep 2010
    Location
    in front of the laptop
    Posts
    43

    Default

    awesome!! i have an account at ts6. since this is my first time playing t4, i would like to explore first. mekasih untuk jemputan ye mr. InSpector.. saya budak baru belajar.. hahaha

  10. #10
    RtecH's Avatar
    Join Date
    Aug 2009
    Location
    cyberjaya
    Posts
    27

    Default

    menarik ker T4 ni xD
    have a nice day



    AKA MusHu

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •