__________________________________________________

Pengenalan Zon Kelabu
__________________________________________________

Disebabkan pelbagai pendapat dan cadangan yang diberikan oleh Pemain, Pihak Travian mengambil keputusan untuk melepaskan Puak Natar pada seawal Permainan bagi Travian Versi T4. Malah puak Natar juga diberikan kawasan Khas mereka iaitu di tengah-tengah peta(0|0) dan kawasan tersebut dipanggil Zon Kelabu.


*Contoh Sempadan Zon Kelabu(Natar) dan Zon Hijau(Pemain)

Fakta :
  • Terdapat 13 kampung Keajaiban Dunia bertaburan di zon kelabu sejak permulaan permainan. Ini adalah
    kampung-kampung yang boleh membina Keajaiban Dunia.
  • Tidak ada pemain yang akan berada disini(Ketika permainan bermula) Melainkan Puak Natar.
  • Menyerang kampung Natar di Zon Kelabu tidak akan menghilangkan "waktu perlindungan" anda.


Sebelum anda mengambil keputusan untuk membuka kampung di Zon Kelabu, mari kita lihat kelebihan dan
kekurangan yang terdapat di situ.

__________________________________________________

Kelebihan Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Semua oasis disitu memberikan bonus 50%, termasuk kayu, besi dan tanah liat!
  • Terdapat Banyak Lapangan tanaman 9c dan 15c boleh didapati di sini. dan oleh kerana semua Oasis
    disitu memberikan bonus 50%, mencari lapangan tanaman(9c/15c) dengan bonus 150% adalah mudah!
  • Membuka kampung di Zon Kelabu akan meletakkan anda di kedudukan tengah-tengah Peta. Kedudukan
    Ini boleh memudahkan anda untuk Merompak kampung2 berhampiran.
  • Kedudukkan di tengah Peta juga akan memudahkan anda untuk mengambil Artifak kerana Artifak
    Unik biasanya akan keluar di kawasan tengah Peta.


__________________________________________________

Kekurangan di Zon Kelabu
__________________________________________________

  • Anda mungkin tidak mahu untuk mempunyai lebih daripada 2-3 kampung di kawasan ini kerana Kampung yang dibuka di
    Zon Kelabu tidak akan memberikan sebarang Mata Budaya!!(Bersedia untuk menggunakan banyak Hasil seni). Cara paling berkesan sekiranya anda ingin membuka kampung disini adalah mencari Lapangan Cropper 9c/15c berhampiran dengan sempadanan Zon Kelabu dan Hijau. Anda boleh membuka beberapa kampung di Zon Hijau untuk membantu kampung Cropper anda yg berada didalam Zon Kelabu.
  • Berada ditengah-tengah Peta juga bermakna kampung anda pasti akan menarik perhatian ramai Pemain. Bersedialah untuk mempertahankannya! waktu didalam talian(online) yang lama mungkin diperlukan untuk menjaga akaun anda.
  • Sebaik sahaja anda membuka kampung di kawasan Zon Kelabu(Natar), Puak Natar akan melancarkan serangan Tarbil berterusan keatas kampung anda untuk mempertahanan kawasan Mereka.


__________________________________________________

Membuka kampung Zon Kelabu
__________________________________________________

Tidak semua pemain dapat membuka kampung di kawasan Zon Kelabu @ Natar. Hanya mereka yang benar-benar berani dan cukup bersedia sahaja dapat membuka dikawasan ini. Mereka ini akan melalui Ujian dan serangan getir dari pemilik Kawasan itu dan sekiranya berjaya, Mereka akan dibenarkan untuk tinggal disitu.


Persediaan Sebelum Mengasaskan kampung :
  • Terdapat banyak bangunan yang perlu dibina bagi menghadapi serangan Puak Natar. Bersedialah sumber yang banyak untuk dihantar ke kampung Baru anda.
  • Memiliki Pasar tahap tinggi mungkin dapat membantu anda. Lebih banyak sumber yang boleh dipindahkan adalah lebih baik.
  • Anda mungkin boleh meminta rakan persekutuan untuk menghantar bantuan sumber ke kampung anda setelah ianya diasaskan.
  • Memiliki Emas adalah satu kelebihan. Di dalam Travian 4, Emas amat mudah diperolehi. Anda boleh menjual barang yang dapati semasa pengembaraan. Setelah berjaya dijual, anda boleh menukarkan Perak kepada Emas.


Mengasaskan Kampung :

Setelah lokasi yang sesuai dikenal pasti, anda boleh mula menghantar Peneroka di Zon Kelabu untuk mengasaskan kampung baru. Sistem akan memberi Amaran tentang akibat sekiranya anda membuka kampung di situ, tetapi sekiranya anda cukup berani dan telah bersedia, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Sebaik sahaja Peneroka anda mengasaskan kampung, Puak Natar akan mula menyerang kampung anda, dan serangan tersebut akan tiba dalam tempoh 24 Jam. Tidak kira di mana lokasi anda membuka kampung(Zon Kelabu) serangan Natar tetap akan tiba dalam tempoh 24 Jam.

Puak Natar akan melancarkan 14 Serangan ketas kampung anda. Dan setiap serangan diiringi Tarbil yang akan menyerang 2 bangunan serentak, Jadi mereka akan membuat 28 Sasaran Tarbil.

Butiran Serangan Puak Natar :



Misi anda untuk terus hidup di sana adalah untuk mempertahankan kampung supaya populasi penduduk tidak menjadi 0 akibat serangan Tarbil Mereka. Meletakkan askar pertahanan yang banyak bukanlah satu pilihan yang bijak disebabkan statistik kekuatan mereka telah ditingkatkan. Dan pastinya kampung anda yang masih baru itu sukar untuk menampung makanan askar Pertahanan yang banyak bagi menghadapi 14 Serangan Mereka. Dan serangan itu pula dalam tempoh 24 Jam!!.

Puak Natar akan membuat 28 Sasaran Tarbil, ini bermakna anda perlu membina sekurang-kurangnya 30 bangunan dalam tempoh 24jam untuk selamat dari serangan mereka.

Senarai bangunan yang di cadangkan :

  • Pasar
  • Gudang
  • Jelapang
  • berek
  • bangunan utama
  • Akademi
  • bengkel Fabrikasi
  • Kedutaan
  • Rumah Agam Wira
  • Residen (atau Istana)
  • Gua Tahap-10
  • 8x Gua Tahap 1
  • 18x Lapangan Sumber tahap 1


Kebanyakan mereka yang terselamat daripada serangan Natar adalah pengguna Emas, Anda memerlukan sekurang-kurangnya 40 Emas untuk menyiapkan bangunan dengan lebih cepat menggunakan Fungsi "siap Serta-Merta". Tetapi ianya tidak mustahil tanpa Emas sekiranya anda mempunyai sumber yang mencukupi dan anda mampu untuk sentiasa membina dalam tempoh 24 jam tersebut.


*ALL CREDIT Goes To Their Respective Owners !!