Bagaimana Lelong berfungsi?
Satu barang dipasaran dianggarkan berharga 100 perak (anggaran oleh sistem). Pemain A merasakan barang tersebut berharga 5000 perak, oleh itu dia meletakkan bidaan sebanyak 5000 perak. Bidaan tertinggi akan hanya menunjukkan jumlah sebanyak 101 perak, ini kerana tiada pemain lain membida barang tersebut selain Pemain A.
Sekarang, Pemain B turut mahu membida barang tersebut dan melihat barang tersebut dibida pada harga 101 perak. Apabila Pemain B membida pada harga 500 perak, dia mendapat mesej "Bidaan anda dikalahkan".
Ini bukan pepijat atau menunjukkan pemain lawan menggunakan bot. Inilah bagaimana lelong berfungsi. Pemain B akan terus menerima mesej tersebut selagi dia tidak meletakkan jumlah bidaan lebih dari Pemain A (5000 perak).
Bookmarks