Kepada pemain-pemain,

selepas mengharungi 7 tahun yang penuh kejayaan, kami mengambil keputusan untuk bekerja lebih keras pada tahun akan datang.

Bersama dengan anda, kita merayakan 8 tahun Travian!!

Hadiah pertama kami untuk anda : Wirawati!

Selepas pembangunan intensif akhirnya kami telah berjaya membawa Wirawati ke Travian. Dia akan memiliki pakaian dan kelengkapan sendiri. Log masuk sekarang dan tukar wira anda kepada Wirawati (pada bahagian penampilan wira).

Ia hadiah pertama, oleh itu bukan itu sahaja: Tahun ini kami menyediakan pelbagai kejutan untuk anda!

Tertanya-tanya? Hantar Wirawati anda keluar untuk pengembaraan pertamanya dan bersedia dengan apa yang kami sediakan!

Pasukan Travian Anda

p/s Jika terdapat masalah pada imej wira, anda hanya perlu tarik apa-apa barang dari inventori ke wira atau dari wira ke inventori. Maaf atas kesulitan ini.