Selepas kejayaan Pertandingan Akhir travian 2012, maka tibalah masanya untuk edisi 2013 yang lebih mencabar!

Pelayan bagi pusingan kelayakan akan dibuka dalam masa terdekat ini. Jika anda berminat untuk dimaklumkan apabila pelayan bermula, anda boleh pilih bahasa dan tinggalkan alamat email anda di
Tournament2013.travian.com. Kami akan maklumkan melalui e-mel sebaik sahaja pendaftaran dibuka!

Adakah anda cukup hebat bertarung di pusingan akhir? mampukah anda berada dikalangan yang terbaik? bolehkah anda menjadi jeneral yang hebat dan memimpin empayar anda ke arah kejayaan?

Permulaan bagi pertandingan ini juga memberi berita baik kepada anda semua! Kami telah kumpulkan komen-komen pemain, mengkaji dengan baik dan memasukkan hasil akhir di Travian Versi 4.2, yang akan dimulakan di kebanyakan negara sebaik sahaja pertandingan bermula.

Apa yang berbeza?

Bukan sahaja kami membuat perubahan pada paparan pengguna, kami juga memperbaiki sebarang kelemahan yang dilaporkan pincang oleh pemain-pemain sebelum ini. Kami akan berikan keterangan lengkap sedikit masa lagi.

Sementara itu, kami mengucapkan semoga berjaya di pertandingan Travian 2012 yang akan datang!

Pasukan Travian anda.