Results 1 to 10 of 10

Thread: Pemenang Server MY7

  1. #1
    GreaT RuleR MoNTeL's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    49

    Angry Pemenang Server MY7

    Server my7 akhirnya tamat semalam dengan pihak Natar berjaya membina WW tahap 100.

    Berikut merupakan ranking WW:-

    1. Natar (Persekutuan: -) : Tahap 100
    2. ciVic (Persekutuan: HEROES™) : Tahap 9
    3. DaRkACE (Persekutuan: HEROES™) : Tahap 1
    4. kipas (Persekutuan: HYD-UFWW) : Tahap 0
    5. Axn (Persekutuan: HYD-UFWW) : Tahap 0
    6. kicap (Persekutuan: UF-HYD™) : Tahap 0
    7. KereK (Persekutuan: HEROES˛) : Tahap 0
    8. xxx (Persekutuan: G_S™) : Tahap 0
    9. Hogwarts (Persekutuan: HYD-UFWW) : Tahap 0


    Puak natar yang sebenarnya berjaya membina WW tahap 100, mengapa pula ciVic dan persekutuan: HEROES™ diisytiharkan sebagai pemenang server ini?

    Malah pengumuman penamat server menyatakan ciVic dan persekutuan: HEROES™ telah berjaya membina WW tahap 100.

    Kesilapan memalukan dan tidak adil untuk pemain-pemain lawan yang telah berusaha keras untuk menghalang HEROES untuk memenangi server ini.
    Last edited by MoNTeL; 10-16-2013 at 08:31 PM.
    hi kawan2!

  2. #2
    Community Manager
    Join Date
    Jul 2013
    Posts
    8

    Default

    Semua pemain yang dikasihi,

    Oleh kerana tempoh server telah melebihi 300 hari, Puak Natar telah menyertai perlumbaan WW bersama puak-puak yang lain. Bagaimanapun, apa yang tidak disedari oleh pemain-pemain semua ialah pemenang WW akan tetap dipilih dari kalangan pemain sendiri. Mereka seharusnya bertarung lebih gigih sesama sendiri dari menumpukan perhatian kepada puak Natar. Keputusan di HQ telah menetapkan PEMAIN YANG MENDAPAT TAHAP WW TERTINGGI AKAN DINOBATKAN SEBAGAI PEMENANG WALAUPUN TIDAK MENCAPAI TAHAP 100. Fungsi puak Natar dalam server ini adalah untuk menamatkan dunia permainan dan seharusnya pemain-pemain meningkatkan tahap WW mereka tanpa mempedulikan Puak Natar. Sekian

    Tulus ikhlas,
    Adam
    Community Manager
    Travian MY

  3. #3

    Default

    ala Montel... terima kasih kerna membangkitkan isu ni....

  4. #4

    Default

    Persoalannya pemilihan pemenang pula, jika semua pemegang WW level yg sama contohnya semua pemegang WW level 5 atau semua level 0, bagaimana untuk memilih pemenang?

    Cadangan juga untuk menambahbaik pernyataan semasa tamat server kerana ayat2 di dalamnya mengelirukan. Contoh ayat : "..orang pertama yang menyiapkan dunia keajaiban.. "

    Saya tidak pasti adakah pengumuman mengenai penglibatan natar dalam WW race dan pemilihan pemenang dimaklumkan terlebih awal kepada semua pemain. Saya berpendapat pemain juga berhak mengetahui cara pemilihan supaya tiada ketidak puashatian berlaku.

    Semoga perkara ini (Natar sertai perlumbaan WW) dijadikan rujukan untuk masa hadapan

    Terima kasih

  5. #5
    GreaT RuleR MoNTeL's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    49

    Default

    setuju dengan hyunjikaro

    fakta yang dibuat di dalam pengumuman akhir penamat server my7 sangat mengelirukan.

    WW Natar yang mencapai tahap 100
    WW Civic tidak mencapai tahap 100

    Oleh sebab itu, dalam kes di mana pihak natar yang berjaya membina WW hingga ke tahap 100, skrip pengumuman penamat server perlulah dibuat menggunakan fakta yang betul.

    takkan semua nak copy paste jer adam
    hi kawan2!

  6. #6
    GreaT RuleR MoNTeL's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    49

    Default

    vibrated antara pemenang server my7?

    kalau dalam persekutuan yang menang tahniah diucapkan
    hi kawan2!

  7. #7
    GreatesT RuleR GaDiSKaLiSPeLuRu's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    LP kata atas Awan..
    Posts
    483

    Default

    ajukan dan protes je la soalan tu kat Travian HQ German sana.. mereka yang menciptakan permainan sedemikian..



    Allah berfirman bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)
    "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


  8. #8

    Default

    pendapat saya, biarlah kita mengikut flow yang tertib. memandangkan kita juga ada admin/adam peringkat MY dan para admin, moderator, etc yang menguruskan forum ini berbincang dengan pihak Travian HQ German bagi mewakili pihak seluruh pemain travian MY.

    saya juga telah google beberapa kes seperti natar muncul semasa WW. ada juga terjadi beberapa kes, cuma tidak dinyatakan kaedah pemilihan pemenang dengan tepat. kesimpulannya, kes ini bukan terpencil, wajar kiranya kes seperti ini dijadikan panduan untuk masa akan datang supaya tidak menganggu perjalanan permainan

  9. #9
    Landsay's Avatar
    Join Date
    Nov 2010
    Location
    Di Rumah ANDA!!!
    Posts
    246

    Default

    Semua pngurusan yg melibat kn kes sperti ini di kendlikan oleh Travian HQ sendiri,,pihak kami hnya mnguruskan bgi melancarkan pelayan dengan baik sahaja..

    Pelayan telah melebihi masa yg terlalu lama,jadi tindakn sperti ini terpaksa diambil oleh HQ sendiri.

    Sekian,

  10. #10
    Prebet ViRuSkOrEaN's Avatar
    Join Date
    Nov 2013
    Location
    Tawau Mariee !!!
    Posts
    1

    Default

    masih tak puas hati lg upanya,
    hahahahahaha

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •