Results 1 to 2 of 2

Thread: Gaul : Ofensif

  1. #1
    Prebet Kajai's Avatar
    Join Date
    Jun 2014
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    5

    Default Gaul : Ofensif

    Assalamualaikum, hai semua, aku ada guide yang aku nak kongsi, walaupun guide dia dah lama, tahun 2007 tak silap, korang boleh selitkan apa yang kurang dalam cara permainan korang.
    kalau ada sesiapa yang pelik pasal post aku sebelum ni, mintak maaf, sebab aku tersilap, tapi tak tahu mana silapnya.

    walaupun bahasa yang aku gunakan kurang sesuai, atau apa, aku dah cuba, usaha untuk buat benda ni, untuk taip guide ni untuk player2 yang baru nak main atau tak tahu nak pakai gaul, dan seperti kita semua tahu, pembaca patut bersyukur, sebab aku yang taip, tapi takpa. aku harap korang baca sampai sampai habis

    Kalau boleh, sedekahkan al fatihah untuk aku, supaya aku masih sihat untuk tulis guide kat sini, kalau aku rajin . Hargai apa yang aku buat. sebab benda ni amik masa. kalau tulis report dah lelah, inikan post. jangan risau, aku ikhlas, kalau tak
    aku tak share benda ni , rasa membazir pulak kalau biarkan ilmu macamni tak ada siapa post, walaupun game, ilmu tetap ilmu . kongsi ilmu, apply ilmu, dapat ilmu. Kalau nak dunia,carilah ilmu






    Tentang Gaul.

    Gaul ni sepatutnya puak yang defensif, gua x2, perangkap, falanks, benda yang selalu pemain nak, Tapi, hanya dengan cara yang betul dapat buat puak gaul paling senang main,Setelah banyak server yang aku main, aku memang suka pakai mereka, dan aku behasrat untuk berkongsi pengalaman aku dengan korang.





    Nama dan profail

    Jangan amik nama pemain terkenal seperti neoaegyst, atau nama yang bikin panas seperti, Amran Pekida , Pembunuh Noob, Penyangak Kg. Dusun, Dan lain lain.

    1.Kau perlu hidup untuk lima hari tanpa askar, jadi jangan buat pasal. jangan bagi kau dikenali ramai kat kawasan kau..
    2.kalau kau kena serang dalam proses atau kena farm, memang memalukan, dan kau akan menarik perhatian orang lain, dan benda ni akan berulang2 sampai kau tak boleh tidur malam.

    Jangan Lupa untuk tukar nama kampung, dan letak tanda seperti .,/;'!, macam untuk bagi orang tahu yang kau ni berpengalaman jugak,walaupun nama kurang menarik.

    Bangunan Pertama
    -Habiskan sumber kau dekat sumber Kayu Tanah Liat Besi , tanaman diharamkan(mazhab tak diketahui), Jangan lupa kau akan bina tanaman nanti, macam, semua ke level 1 dan 2 dan seterusnya.

    Aktifkan sumber plus untuk 3 sumber utama Kayu Tanah Liat Besi( Ulang langkah ni sampai kau dapat emas percuma,untuk naikkan Besi Tanaman kemudian hari.




    Sekarang objektif utama kita naikkan semua sumber ke level 6.

    Jangan tengok populasi atau statistik,
    naikkan lapangan sumber
    Bina sebaik saja sumber ada
    cuba untuk seimbangkan sumber supaya tak terlebih dan tak berkurang.

    10:12:7:4 - ikut turn sumber , kayu-tanah liat-besi-tanaman, kalau kau tak faham, takpa, aku pun tak faham, tapi cuba untuk faham.

    Kenapa sikit tanaman?sebab nanti kau boleh tukar tanaman 2:1, tanaman sumber yang paling digunakan pada awal game. (kayu sangat penting, sebab teuton punya askar belantan perlukan kayu)

    Lepas semua bangunan yang kau dah naikkan, masa yang diambil akan kurang dari 30 minit, atau kurang.kalau kau boleh tunggu naikkan bangunan ni:

    Gudang
    Jelapang
    Bangunan Utama 3
    Pasar (2-3,Max 5)
    Gua (1-2)
    Titik perhimpunan

    Gudang patut dinaikkan kalau sumber kau perlukan 5 jam untuk overflow. Jelapang untuk simpan 2:1 tanaman nanti, Pasar untuk perdagangan.

    Amaran. Ya benda ni akan buat kau bangun tengah malam untuk naikkan dan habiskan sumber atau dapatkan sitter, adau dual.

    Gua diperlukan untuk sorok sumber yang tertinggal dari perompak, tu level rendah, lain lah kau diberi tekanan baru naikkan sampai perompak tak dapat sumber dah,

    Titik perhimpunan diperlukan untuk lihat siapa yang serang kau, dan kalau boleh cakap dengan dia sebelum serangan dia sampai , yang dia takkan dapat apa2.




    Jangan jadi farm.

    Jangan mesej pemain yang menyerang seperti "Tolong lah aku, kasihanilah aku"."kenapa kau serang aku, aku tak kacau mak kau berak", "tolong Berhenti". atau ayat mencarut.

    Benda ni akan buat pemain tu sakit hati, dan kau tak nak benda tu terjadi, sebaliknya, kau hantar kat dia mesej yang bermakna tapi bahaya. hantar mesej yang simple yang menyatakan kau:

    - kau dah banyak menimba ilmu travian
    - kau ni jenis berdendam
    - jenis pemarah, nak bagi lagi jelas Hulk
    - Ungkit pasal 1 Malaysia, kita sama negara, kenapa bermusuh?
    - Kata yang kau ni perempuan, nak lagi dipercayai, taip manja-manja sikit
    - Kau guna hero kau sebagai perempuan. Jangan berkasar. Dari kajian aku, kalau kau buat apa yang aku suruh ni, selalu lelaki akan kesian dan tak serang, mungkin.

    Dan kau kata:

    -kau akan balas dendam balik
    -kau akan kata balik
    -kau akan farm dia balik
    - kau tak nak lawan, sebab kau baik
    -kau nak bekerjasama dengan dia
    -kau nak jadi orang bawahan dia
    -kau nak berkawan dengan orang yang hebat macam dia,

    sebab kau tak nak bagi dia sumber dan akan dapat sumber tak lama lagi.
    Ayat kau kena jujur, jangan putar belit, Kau kena manis mulut, dan guna imaginasi kau, apa yang sesuai dengan kau, jangan jadi seperti
    "Akibat mulut, akaun binasa", kau tak nak benda tu terjadi.

    Ayat kau kena ada fakta, contoh, kau cakap kau ni dah banyak berguru dengan orang, tinggal masa nak tunjuk belang, bagi takut sikit. Tunjuk medal ke, cakap player sever lain tu kawan kau ke, adik beradik kau ke.

    Cakap yang kau akan jadi Dark Horse dalam game tu, yang kau akan meningkat.

    Ingat, siapa yang serang kau mereka mesti dihapuskan, di kawankan, di farm, secepat mungkin

    Kau gaul, pada permulaan game ni, ramai manusia akan elak dari serang kau, sebab takut perangkap.



    Theu-ta-tes Thunder!

    Dalam 110-120 jam kau bermain kira2 hari keempat macamtu, kalau situasi, keaadan menjadi baik, kau akan siap semua perkara yang dinyatakan seperti siap semua lapangan sumber ke level 6, kau boleh tinggalkan 1-2 sumber Besi level 5

    Bangunan Utama - 5
    Berek - 3
    Akademi - 5
    Fabrikasi - 3
    Kandang kuda - 3
    Rumah Agam Wira - kalau dulu benda ni boleh buat hero kan, tapi sekarang dah lain, jadi aku rasa pandai2 korang sesuaikan benda ni dengan cara permainan korang.

    Bahagian yang paling cuak sekali adalah dapatkan 2100 dari semua sumber untuk selidik TT pada satu masa, dan tak diserbu masa proses tu.

    Lepas je kau klik selidik, perang sebenar dah bermula,
    Sumber kau sekarang patut cukup untuk dapatkan 3 TT bua tmasa ni

    Mulakan Serbuan!
    Mulakan dari akaun kecil 1-20 populasi, serbu semua kampung macamni kalau ada dalam 7x7 kau, serbu hanya untuk dapat sumber untuk latih TT, jangan lupa bangunan dan selidikan.

    Setelah 8-10 TT, Dapatkan Hero

    Pergi akaun yang lebih besar, elakkan gaul, elakkan akaun yang punyai populasi 40 ke atas, selidik penjelajah,
    bina 2-3 penjelajah,
    serbu semua pemain yang kurang dari 100 populasi dan tak ada askar,
    serbu selama mana yang boleh,
    Bina askar TT kau sampai 20-30 dan penjelajah 3-4

    jangan berperang buat masa ni, cuma naikkan diri sendiri
    Bila kau tidur, hantar TT ke kampung 2-3 pop , untuk dielakkan dari dibunuh pada waktu malam

    Nota Istemewa.
    Kalau kau kena serang, elak, tapi jangan berhenti serbuan, kalau serangan askar mereka kecil, buat perangkap. 20++ banyak dari askar dia, naikkan semua perangkap sekali dan 5 falanks, lepas ni kalau penyerang datang, mereka akan hilang askar, dan jangan nak lawan 100 askar belantan dengan perangkap. itu bunuh diri namanya.




    Kampung kedua

    Macam kau yang tahu, kau tak boleh berhenti.
    Objektif seterusnya.

    Bangunan Utama 10
    Gudang/Jelapang 7800/6300
    residen 10
    akademi 10
    dewan perbandaran
    3 peneroka
    500 mata budaya

    Askar TT kau sekarang sepatutnya dapat membekal sumber yang cukup untuk dapat kan semua ni dalam masa 2 hari atau kurang.
    Cuma, jangan malas untuk menyerang, , serang apa yang boleh diserang, dalam 21x21. lagi 2 kawasan yang penuh dengan player baru, player yang mula awal dari kau, tapi membesar dengan perlahan.

    Kalau kau ada masaalah dengan mata budaya, serbu dengan lebih lagi, dan dapat dewan perbandaran dan parti, lagi 15 jam kau akan dapat kampung baharu, buat kampung kau berdekatan dengan 15 cropper atau 9 cropper, tapi pilih 5 Tanah Liat



    Maju kehadapan.

    Lepas kau dah dapat kampung kedua, buat parti siang malam. dan cuba untuk dapatkan 3 peneroka pada masa yang sama, kau akan ada 2600 mata budaya dalam masa 3 hari.

    Naikkan lapangan sumber ke 4-5 , dapatkan residen , dewan perbandaran, peneroka

    Luaskan kampung ke 15 cropper. akhirnya kau dapat bina istana kat sana, gembira tak?
    Dan tempat ni akan jadi ibu kota kau, jadi be smart, fikir betul2

    Mulakan parti dalam kampung kedua,
    Luaskan ke 5 Besi

    Naikkan sumber, bina askar 100 TT macamtu, 20-30 peninjau, 10 falanks,
    Bantu semua kampung kau dengan peninjau. untuk kau tahu siapa yang berani tinjau,

    Bunuh semua askar teuton di sekeliling kau,
    Bunuh kumpulan Askar Empayar Wira Peneroka
    Elakkan falanks, dan berjaga2 dari puak gaul, tapi lebih relaks dari biasa.

    Kenali dan hafal player2, yang besar di kawasan kau, yang perpopulasi besar, dalam 21x21 kau, kawan dengan diorang, lagi bagus farm, tapi tengok dulu.

    Parti Tanpa Henti

    Dapatkan lagi 2-3 kampung
    Jangan bina apa dalam kampung bukan 15 /9 cropper tu, selain dari dewan perbandaran residen 10 dan sumber dan pasar, dan falanks.

    Dan, naikkan 15 cropper kita untuk Tapak Askar Askar Pedang Haeduan Tarbil
    Mulai dari 6-7 kampung barulah kau luaskan kuasa kau, mula menjajah sana sini.
    Mulai sekarang dapatkan chief, kau dah gunakan peneroka waktu sekarang


    Nak lagi? oke.

    Mulai dari kampung ke 10, buat 1 atau lebih parti besar besaran
    kalau boleh, mula 24/7 bina askar dalam ibu kota, Askar Pedang Haeduan, berek dan kandang 20
    kata yang banyak

    Kalau boleh, buat 1 kampung hanya untuk penjelajah.jangan campur adukkan dengan askar lain, hanya untuk penjelajah.

    Ibu kota: 20_serangan - Askar Pedang Haeduan Pelantak Tarbil
    Kampung penjelajah: - 20_dua2 - Penjelajah

    Kampung Sumber: takda selidikan, takda upgrde,

    mula dari 20 kampung, buat kampung ofensif kedua, dengan 24/7 bangunan dan berek besar

    Parti besar dalam semua kampung tanpa henti

    TAKLUK,TAKLUK,TAKLUK. apa paling best dalam travian?, Musnahkan musuh kau sampai lumat, tengok mereka mati depan kau, dan dengar anak dan isteri mereka meraung ketakutan.
    Last edited by Kajai; 06-27-2014 at 10:17 PM.
    ❝There can be no winner in Travian if the undesirables losers thrown away❞ - Kajai.

  2. #2
    Prebet Kajai's Avatar
    Join Date
    Jun 2014
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    5

    Default

    Penutup:

    Oke dah habis, harap korang semua baca sampai habis, dan tambah apa yang kurang, tolak yang salah, kalau ada taipo atau silap taip mmcam ni < baca je.

    Tapi kalau ada taipo yang korang tak faham, boleh mesej, aku boleh betulkan

    taipo(typographical error)- kesilapan menaip
    Last edited by Kajai; 06-27-2014 at 10:13 PM.
    ❝There can be no winner in Travian if the undesirables losers thrown away❞ - Kajai.

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •