Kejadian ini berlaku di pelayan TS4.
Kesemua bidaan, saya letakkan harga sebanyak 200 perak.
Yang menjadi kehairanan saya ialah. Bidaan semasa saya kalah dengan harga yang jauh lebih murah.



Lihat gambar dibawah.
Semua sembilan bidaan pertama saya baru masukkan nilai bidaan baru.
Manakala bidaan kesepuluh dan selanjutnya saya pernah meletakkan nilai bidaan sebanyak 200 perak tetapi ianya berubah kembali kepada harga bidaan (semyaza) rendah.


Saya dapati perkara ini berkemungkinan ada berkait dengan pepijat permainan atau ada pemain yang diamahkan untuk menjaga pelayan permainan (travian team seperti Multihunter dan berkaitan) tidak amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Harap pihak Travian Malaysia siasat akan perkara ini.