Pemain yang dikasihi,

Bunyi gendang berhenti dipalu, petani-petani meratap dalam kesedihan... telah terlalu lama masa berlalu sejak perkhabaran terakhir sampai ke bandar ini.
Maharaja telah memutuskan untuk memanggil penghebah terbaik di kerajaan-kerajaan dan menjanjikan ganjaran lumayan kepada mereka yang membawa pulang perkhabaran tentang perkembangan dunia pertandingan.

Adakah anda fikir anda adalah orangnya yang akan menunjukkan komuniti laporan dalaman tentang peristiwa pelayan dan mendapat ganjaran emas untuk akaun anda?
Tunjukkan kepada kami pandangan anda dan bertindak dengan menghantar laporan dan beritahu kami apa yang berlaku di dalam pelayan anda. Beritahu kami detik menarik dan paling teruk termasuk detik-detik pertempuran dalam minggu ini atau bila-bila masa terutamanya yang lucu yang anda telah anda hadapi. Jangan lupa untuk menyertakan nama samaran dan pelayan anda serta menghantarkannya sebelum Jumaat setiap minggu.

Kami akan memilih satu laporan setiap minggu dari semua penyertaan yang kami terima dan memberi ganjaran dengan 250 emas yang boleh digunakan dalam akaun kejohanan anda.

Tunjukkan sudut pandangan anda dan ianya akan disiarkan ke seluruh dunia!

Tulus ikhlas,
Pasukan Travian