Pemain yang dikasihi,

Diatas tindakan pantas beberapa orang pemain yang melaporkan kenaikan WW yang tidak sepadan dengan usia pelayan, pihak Techsupport HQ berjaya memulihkan tahap WW yang naik secara tidak normal sebelum ini. Tiada sebarang unsur penipuan berlaku disini kerana masalah yang timbul adalah disebabkan ralat kenaikan tahap WW yang tidak seperti biasa. Pelayan ini akan tetap berakhir pada hari ke 350 dan kami memohon maaf diatas kekeliruan yang timbul dan untuk makluman anda semua, saya sendiri adalah Multihunter bertugas untuk pelayan My1 dan tiada MH lain yang ditugaskan di pelayan tersebut. Harap maklum

Tulus ikhlas,
Adam
Community Manager
Travian Malaysia