Results 1 to 7 of 7

Thread: Fungsi dan perubahan bakal tiba!!!

  1. #1
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default Fungsi dan perubahan bakal tiba!!!

    Musim bunga adalah musim pembaharuan, kelahiran semula dan perubahan. Sehubungan dengan itu, kami di Travian gembira untuk mengumumkan banyak ciri-ciri baru dan perubahan secara menyeluruh. Sama ada pada pelayan permainan, forum kita atau apabila ianya Acara Istimewa - perubahan dari segala sudut.

    Kami akan bermula dengan melancarkan semula laman web Travian: yang baru, dengan reka bentuk responsif, yang boleh menyesuaikan diri dengan telefon pintar anda, tablet atau komputer kini kian hampir menemui anda. Kami tidak sabar untuk menunjukkan kepada anda halaman baru kami dan yakin anda akan suka penampilan baru tersebut.

    Name:  MainPage_1.jpg
Views: 265
Size:  28.3 KB

    Name:  MainPage_2.jpg
Views: 266
Size:  34.2 KB

    Name:  MainPage_3.jpg
Views: 263
Size:  37.8 KB

  2. #2
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Namun, kami tidak akan berhenti di situ. Kita suka komuniti mesra forum kita 'tetapi ia adalah masa untuk memberi tempat yang indah ini wajah baru dan fungsi yang sewajarnya, jadi kami akan melancarkan semula forum kita serta laman web kami.

    Name:  Forum.jpg
Views: 257
Size:  52.3 KB

  3. #3
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Apabila kami merancang acara khas, seperti Rise of Alliances, kami mencuba idea yang baru. Sebahagiannya sangat berjaya dan popular dikalangan anda, pemain kami. Sewaktu Rise of Alliances, system sumbangan persekutuan dan system pembahagian mata pertahanan menjadi sangat popular, sehingga kami memi=utuskan untuk menyertakannya didalam setiap pelayan Travian: Legends. Ya betul tu: Jika anda menyertai pelayan baru Travian: Legends dimasa akan datang, anda akan memperolehi pengalaman permainan yang kompleks.

  4. #4
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Oleh kerana kami ingin anda menikmati Travian bersama seramai mungkin rakan anda, kami juga membuatkannya lebih menarik untuk menjemput pemain lain. Ganjaran yang diberikan untuk jemputan yang berjaya adalah lebih tinggi, mudah didapatkan dan kini pemain baru tersebut juga turut mendapat ganjaran. Dan bila anda bermain bersama didalam pelayan lain, ganjaran ini boleh ditebus semula – walaupun tanpa menjemput semula!

  5. #5
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Pada bulan Jun, kami akan memulakan pusingan Travian Tournament. Pada kali ini, Turki, Rusia, Perancis dan Jerman akan menjadi negara hos. Pusingan kelayakan akan diadakan di dua pelayan antarabangsa, satu dalam Bahasa Inggeris dan satu lagi untuk sahabat kita yang berbahasa Arab.

  6. #6
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Kami simpan berita yang terbaik untuk yang terakhir. Travian adalah berkenaan perebutan kuasa diantara puak Gaul, Rom dan Teuton untuk sekian lama tetapi dunia Travian akan berubah menjadi lebih besar. Untuk merayakan hari lahir kai pada 5 September tahun ini, kami akan memperkenalkan 2 puak baru yang boleh dimainkan. Pembina hebat dari Mesir dan bangsa Huns nomad diatas kuda laju mereka. Ya anda baca dengan betul: Pelayan ulangtahun kami tahun ini akan menampilkan 5 puak yang boleh dimainkan.

    Name:  egyptians.jpg
Views: 256
Size:  28.4 KB

    Name:  huns.jpg
Views: 256
Size:  30.2 KB


    Seperti yang anda boleh lihat, 2017 bakal menjanjikan kejutan untuk anda. Apa pendapat anda mengenai perancangan kami? Ada sebarang komen atau cadangan? Kami mahu mendengarnya dari anda.

    Sila bincangkan disini

  7. #7
    Community Manager AdaM's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    380

    Default

    Sebahagian daripada anda mungkin telah menyemak kalendar jadi ya, kami mengakuinya: Terdapat satu kenyataan di thread ini, iaitu ianya adalah palsu.

    Selamat hari April Fool..

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •