Pemain yang dikasihi,


Kami sangat berterima kasih kepada anda yang menyertai undian mengenai Sistem Mata Pertahanan dan Sistem Sumbangan Persekutuan. Ramai dikalangan anda menyertai undian tersebut dan menyatakan undian anda dan kami gembira anda melakukannya. Kami telah meneliti semua undian dan komen dari seluruh dunia dan kami ingin berkongsi keputusannya bersama anda. Daripada graf yang boleh anda lihat dibawah, kedua-dua pilihan adalah sangat dialu-alukan oleh komuniti antarabangsa dan oleh itu ianya akan dimasukkan ke dunia permainan biasa (walaupun bukan dengan sekaligus).


Name:  RoA_Poll.jpg
Views: 83
Size:  18.6 KB



Apa yang akan terjadi sekarang?
Pihak Game Center sedang menyemak perancangan untuk pembukaan pelayan baru dan akan menyiarkan kenyataan rasmi dengan tarikh daripada bila kedua-dua fungsi ini akan diimplementasikan didalam pelayan biasa akan datang (bukan pada pelayan yang sedia berlangsung).

Lebih maklumat akan menyusul. Terima kasih sekali lagi!


Tulus ikhlas,
Pasukan Travian