Pemain yang dikasihi,

Seperti yang anda tahu, kami telah mengumumkan tidak berapa lama dahulu bahawa rancangan kami untuk tahun ini adalah untuk melaksanakan dua ciri daripada versi permainan RoA ini pada pelayan yang biasa. Dua minggu yang lalu, kami telah membuka undian dan ramai di antara anda yang telah memberikan pendapat mereka mengenai topik ini dan keputusan seluruh dunia menunjukkan keinginan untuk melaksanakan bonus perikatan dan pengiraan mata pertahanan. Sekarang tibalah masanya untuk mengumumkan bahawa kami sudah ada tarikh untuk anda!
Bermula 10 Mei 2017, kami akan melaksanakan dua ciri-ciri tersebut pada semua pelayan baru yang akan dibuka bermula dari tarikh ini (jangan panik: pelayan yang sudah pun berjalan tidak akan mendapat ciri-ciri ini).

Di sini adalah keterangan ringkas apa penambahan baru yang akan dibawa oleh dua ciri-ciri ini.

Bonus perikatan
Pemain mempunyai kebolehan untuk menyumbang sumber kepada perikatan untuk memperoleh bonus tertentu, seperti pengeluaran CP yang lebih besar, pengeluaran tentera yang lebih cepat, bonus senjata dan perisai dan juga bonus di keupayaan saudagar.
Jumlah sumber yang boleh diderma oleh pemain adalah terhad dan ditetapkan semula setiap hari. Pemain boleh menggandakan sumbangan mereka sehingga tiga kali ganda dengan membelanjakan Emas tetapi dengan membayar jumlah sumber yang sama. Had harian pemain tidak boleh ditingkatkan dengan membelanjakan Emas.

Pengiraan mata pertahanan
Mata pertahanan untuk sepuluh pejuang utama biasanya diberikan kepada pemilik kampung pertahanan, walaupun jika kebanyakan unit pertahanan adalah daripada pemain yang berbeza. Ini telah diubah supaya mata pertahanan dibahagikan antara semua pejuang berdasarkan unit pertahanan yang dibekalkan.

Jadi, asah senjata anda dan bersedialah untuk pengembaraan yang baru!

Tulus ikhlas,
Pasukan Travian