Pemain yang dikasihi,


Masanya telah tiba untuk berpindah ke platform forum yang baru. Kenapa kami melakukannya?
Keperluan mengenainya semakin jelas tidak lama dahulu. Anda mungkin masih ingat apa yang terjadi pada September lepas, apabila kami terpaksa menutup forum kami selama seminggu untuk membaiki masalah sekuriti. Tujuan utama perubahan dilakukan adalah untuk menguatkan perlindungan data. Burning Board menawarkan kami lebih pilihan untuk persekitaran yang selamat, disebabkan itu kami memilih untuk menggunakannya sebagai platform syarikat untuk kesemua permainan kami. Sebab lain pula ialah kami sedang mengubah stail keseluruhan permainan dan platform ini menawarkan kami lebih kemungkinan untuk membuat forum kelihatan lebih baik dan merasakan untuk penambahan dalam permainan iaitu halaman mula baru (ya, halaman mula baru juga akan dibuat). Sebab terakhir ialah kami mahu komuniti dari beberapa domain berbeza lebih rapat diantara satu sama lain. Kami tahu ramai dikalangan anda yang bermain di negara yang berbeza dan kami ingin menawarkan anda peluang untuk mempunyai satu platform tunggal untuk anda mengumpul kesemua maklumat.
Kini kami ingin memaklumkan anda kemaskini yang telah kami lakukan sejak 2 bulan yang lepas untuk menyediakan penggabungan forum ini. Kami mengambil kira penyelesaian teknikal berbeza dan menyelesaikan beberapa isu berkaitan.
Satu daripada isu utama penggabungan semasa menggabungkan 40 forum bersama ialah ruang. Kebanyakan forum telah tersedia selama lebih 10 tahun dan ianya terlalu banyak kandungan untuk dipindahkan. Oleh itu kami telah memutuskan untuk memindahkan kandungan pada tahun lepas sahaja, tetapi jangan risau, yang lain tidak akan dihilangkan. Kesemua sejarah forum akan dipindahkan ke arkib baca-sahaja yang akan boleh diakses anda. Arkib tersebut mungkin tidak akan tersedia secara segera selepas penggabungan kerana kami perlu menangani pelbagai perkara pada satu masa, tetapi kami memberi jaminan yang anda akan boleh mengaksesnya pada satu masa.
Berikut adalah sedikit maklumat teknikal:

  • Kami akan memindahkan kesemua thread forum (termasuk semua post didalamnya) dalam tempoh 365 hari yang mempunyai sekurangnya satu reply dalam tempoh 180 hari.
  • Kami akan memindahkan semua akaun forum yang telah diakses sekurangnya sekali dalam tempoh 365 hari yang lepas.
  • Kesemua nama akaun akan mempunyai tag negara sebagai tambahan untuk mengelakkan duplikasi. Anda kemudiannya boleh menukar nama pendek anda kepada yang baru jika mahu.
  • Kami akan menggabungkan semua akaun forum dari komuniti berbeza yang mempunyai alamat email yang sama (semua thread/post juga digabung), jadi jika anda mempunyai lebih dari saru akaun forum Travian: Legends, sila pastikan bahawa anda menggunakan email yang sama, kerana anda tidak akan dibenarkan menggunakan lebih dari satu akaun didalam forum baru dan ianya tidak mungkin digabungkan selepas proses bermula.
  • Semua imej yang dikepilkan kedalam post akan disimpan dan dipindahkan ke forum baru.
  • Semua avatar peribadi akan dipindahkan.
  • Semua amaran dan sejarah hukuman sementara akan hilang; ianya permulaan baru, jadi pastikan anda menggunakan peluang ini dengan baik.
  • Akan terdapat peraturan forum antarabangsa yang mungkin butirannya sedikit berbeza dari peraturan sedia ada. Sila pastikan anda membacanya.



Satu forum untuk kesemuanya! Bagaimana ia berfungsi?
Ianya amat mudah: Apabila forum digabungkan akaun anda akan ditugaskan kepada komuniti anda didalam forum baru dan anda boleh melihat post komuniti tersebut. Anda boleh ke profail dan menukar tetapan anda untuk menambah lebih bahasa dan lihat post dari lebih komuniti. Jika anda mempunyai lebih bahasa yang diaktifkan ketika memulakan sesuatu thread baru, anda boleh memilih komuniti mana yang ingin anda tulis dengan memilih bahasa/domain dalam menu drop-down.
Kami sedar sepenuhnya bahawa anda mungkin tidak begitu gembira dengan perubahan ini dan anda menyukai forum sedia ada. Kami mahu bersikap jujur dengan anda, oleh sebab itu kami tidak akan membuat alasan kisah epik menarik 'Dan akhirnya mereka hidup bersama selamanya'. Kami telah menganalisa pro dan kontra pemindahan dan penggabungan forum tersebut dan kami mahu berterus terang dengan anda tentang penemuan kami dengan anda.
Pro untuk penggabungan forum:

  • Tahap sekuriti forum akan ditingkatkan – tiada lagi pencerobohan
  • Komunikasi sedunia – penggabungan forum juga satu langkah untuk memperbaiki aliran komunikasi kepada anda dan komunikasi dari anda kepada syarikat
  • Anda mempunyai lebih peluang untuk berkenalan degan lebih orang dari negara berbeza
  • Anda tidak perlu lebih dari satu akaun dalam setiap forum komuniti yang anda mainkan sekarang; anda hanya perlu satu akaun dan semua maklumat terdapat didalamnya.
  • Anda akan memperolehi mata aktiviti – mata ini menunjukkan tahap penyertaan anda dan sumbangan terhadap komuniti. Anda boleh mendapat mata aktiviti dengan memulakan thread baru (10 mata), dan menjawab thread tersedia (5 mata) dan juga apabila menerima likes untuk post anda (2 mata)
  • Burning board menawarkan cara lebih baik untuk menyusun thread dalam bahagian spesifik. Gunakan filter yang akan membantu anda mencari dengan lebih pantas.
  • Gaya forum baru akan disamakan dengan halaman mula baru dan membuat rupa baru sepenuhnya dan pengalaman.
  • Lebih interaksi sosial – anda boleh mengongsikan thread kegemaran anda didalam media sosial dengan hanya satu klik.
  • Anda boleh mengesan activiti dalam thread yang anda minati dengan lebih mudah dengan halaman 'Thread Dilihat'.

Kontra penggabungan forum:

  • Kami perlu membuat pembersihan. Seperti yang dijelaskan diatas, kami hanya akan memindahkan aktiviti untuk tahun lepas kedalam forum baru, kesemua yang lain akan tersedia pada hujung tahun didalam arkib baca-sahaja.
  • Kiraan post anda mungkin lebih rendah pada akhir penggabungan, disebabkan faktor yang kami tidak menggabungkan kesemua sejarah komuniti – tetapi pada sudut yang lain pula anda boleh mendapat mata aktiviti.
  • Bahagian tavern tidak akan mempunyai kiraan post – kami juga menghargai komuniti kami dan kami sukakan perbualan, tetapi kami tidak rasa ianya menyumbang secara langsung kepada kehidupan Travian, jadi kami akan membuang kiraan post dan mata aktiviti untuk bahagian ini.
  • Anda perlu belajar menggunakan perisian baru dan ianya mungkin sukar pada permulaan dan membiasakan diri dengan interface baru – kami akan cuba untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat dalam FAQs kami.
  • Semua kod Bbcodes custom tidak akan dapat digunakan, yang mungkin menyebabkan sebahagian post kelihatan janggal
  • Jika anda mempunyai gelaran pengguna yang istimewa, ianya mungkin hilang selepas penggabungan, tetapi anda boleh berhubung dengan CM anda atau cuba mendapatkan yang baru dengan menyumbang kepada komuniti.
  • Ada kemungkinan yang nickname anda digunakan oleh pemain lain – dalam kes ini anda harus berhubung dengan CM komuniti anda yang akan menilai situasi – kami memberikan kelebihan kepada nickname kepada pemain yang menyumbang lebih kepada komuniti.
  • Paparan interface (butang, profail dan lain-lain) hanya akan tersedia dalam bahasa berikut pada permulaan: AE, AU, CL, COM, DE, ES, FR, IT, NL, PL, RU, TR – jika anda mahu membantu kami mengalih bahasa interface tersebut sila hubungi CM komuniti anda.
  • Semua mesej peribadi dan nota akan dipadamkan – jadi pastikan anda menyimpan apa yang penting untuk anda.

Kami pasti anda telah berfikir mengenainya selama 50 kali: “Ok, tetapi bila?”
Kami akan memulakan penggabungan forum pada 16 July. Kami akan menutup semua forum pada tarikh ini dan menyasarkan untuk membukanya kembali pada 31 July. Apa, tunggu??? Ya, kami tahu ianya satu jangkamasa yang lama tetapi kami berharap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang dan kami boleh memulakan semula forum sebelum tarikh itu. Tetapi seperti yang boleh anda jangka, ianya terlalu banyak data untuk dipindahkan dan kami pilih untuk memindahkannya dengan berhati-hati.
Sementara itu, kami akan memberikan anda semua maklumat penting melalui kotak info dalam permainan dan halaman Travian: Legends Facebook kami (disini). Sekian



Tulus ikhlas,
Pasukan Travian